Full Width CSS

OKU Ada Kuota Khas PPR Bukit Jalil @RajaNongChik @NajibRazak #1Malaysia #BN4WP


Sebanyak 584 pemohon termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan bapa tunggal menerima surat tawaran bagi penempatan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penyerahan kunci akan dilakukan pada 1 Februari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, 1,069 surat tawaran telah dikeluarkan kepada pemohon yang layak dengan hanya 584 daripada mereka memberi maklum balas kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"PPR Bukit Jalil mempunyai 12 blok dengan 3,792 unit rumah dan empat unit rumah daripada setiap blok dikhaskan kepada golongan OKU," katanya.

Tambah Raja Nong Chik, selain infrastruktur kepada golongan OKU, PPR tersebut turut dilengkapi pejabat pengurusan, tadika, surau dan lot kedai.

Mengulas mengenai pemohon yang menolak tawaran, ujar beliau, individu terbabit tidak akan diberi keutamaan sekiranya membuat permohonan semula selepas ini.

"Saya memahami ada sebahagian menolak dengan pelbagai alasan kononnya kedudukan PPR yang agak jauh dan sebagainya.

"Namun, peluang ini tidak akan datang lagi untuk mereka yang menolak kerana DBKL mempunyai lebih 40,000 pemohon berdaftar yang menunggu giliran," katanya.

Post a Comment

0 Comments