RapidkL

RapidkL

Monday, January 21, 2013

PAS Main-Main Isu Kalimah Allah #1Malaysia #TolakPR


Aku hairan betul tengok telatah PAS ni dalam isu kalimah Allah. Kejap kata bukan Islam tak boleh pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan, lepas tu kata boleh, sekarang balik kata tak boleh.

Apasal PAS ni macam lalang ditiup angin? Bila angin tiup ke utara, PAS pun ke utara. Bila angin tiup ke selatan, PAS pun ke selatan.

Dalam isu kalimah Allah ni, dalam masa 3 minggu je, dah berkali-kali PAS tukar pendirian. Bila Guan Eng tuntut supaya Bible Bahasa Melayu dibenarkan menggunakan perkataan Allah, disebabkan orang Islam marah, PAS keluar kenyataan kata bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam upacara keagamaan.


Lepas tu bila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tekan Haji Hadi, PAS keluar kenyataan baru kononnya tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah. Kenyataan Haji Hadi turut disokong Nik Aziz.

Bila PAS keluar kenyataan ni, orang Islam yang dah sejuk sekejap jadi marah balik. Maka Majlis Syura PAS yang dipengerusikan Nik Aziz keluar pulak kenyataan baru- bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

Boleh baca sendiri kenyataan Majlis Syura PAS yang dipetik dari Harakah.

KUALA LUMPUR : Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.


Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Nik Aziz sendiri baru dua, tiga hari lepas kata tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah, tiba-tiba dia pula yang keluarkan kenyataan rasmi kata tak boleh!

Adoii, pening kepala betul tengok telatah PAS ni. Inilah apa yang terjadi bila agama Islam disalahguna untuk meraih undi, bukan untuk keagungan agama. Maka, fatwa-fatwa yang dikeluarkan pun semuanya berunsur politik dan boleh berubah mengikut kepentingan diri.

1 comment:

  1. Cakap macam activiti pemimpin dia, masuk keluar masuk keluar masuk keluar........ Sampai lembik

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...