Full Width CSS

Perutusan @NajibRazak Sempena Pesta Ponggal #1Malaysia


Ketibaan bulan bertuah yang dikenali sebagai ‘Thai’ di dalam kalendar masyarakat India menandakan tibanya pesta ‘Ponggal’ iaitu simbol kepada permulaan baru.

Ketika rakan-rakan kita mengamalkan tradisi mereka dengan menyediakan susu serta nasi sempena perayaan itu, kita diingatkan mengenai pembangunan pesat agenda transformasi yang telah membawa pelbagai kejayaan untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara yang menyediakan pelbagai peluang kepada rakyatnya dan dengan mengukuhkan lagi perpaduan serta meneruskan kerja keras bersama-sama, setiap rakyat Malaysia berpeluang berkongsi kekayaan negara terutama ketika kita sedang menuju menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Dengan komitmen serta keyakinan yang tinggi atau ‘nambikei’ di antara kerajaan dan komuniti India, kita mampu untuk membawa pembangunan serta transformasi kepada komuniti secara menyeluruh. Ketika kita sedang menuju ke arah itu pada tahun ini, saya menyeru kepada masyarakat India untuk bersatu dan fokus untuk mendapatkan keputusan terbaik menerusi setiap inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan.

Dengan perpaduan serta ‘nambikei’ di antara kita ini, saya yakin yang kita mampu melakukan lebih baik lagi dan setiap inisiatif Kerajaan dapat sampai serta memberi manfaat kepada lebih ramai lagi keluarga India yang layak sekali gus memastikan pembangunan di negara ini dapat dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Post a Comment

0 Comments