RapidkL

RapidkL

Wednesday, January 2, 2013

Soi Lek Sedia Lepaskan Jawatan Andai.... #1Malaysia


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan berani apabila sanggup meletakkan jawatan disandangnya jika wakil DAP berjaya menjadi Menteri Besar Johor.

Bagaimanapun, beliau yakin situasi berkenaan tidak berlaku dan mustahil DAP mampu memiliki jawatan nombor satu dalam Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan negeri ini jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Soi Lek berkata, jawatan Menteri Besar semestinya akan disandang oleh wakil Pas sekali gus impian untuk DAP memegang jawatan itu tidak akan menjadi kenyataan.

“Saya yakin sokongan semua rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin kuat, termasuk masyarakat Cina. Mereka mula sedar jika undi DAP pada pilihan raya, mereka turut undi Pas.

“Malah saya berpendapat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya kukuh di Pulau Pinang sahaja, namun tidak di negeri lain. Justeru, kita yakin Johor akan kekal di bawah BN selepas pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Konsert Sambutan Tahun Baru dan Pameran Pelancongan Taiwan Mini Travel Fair di tempat letak kereta Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Soi Lek berkata, negeri ini juga semakin maju hasil pemerintahan kerajaan BN sejak sekian lama, malah dengan adanya pelbagai projek mega khususnya limpahan daripada Iskandar Malaysia turut memberi manfaat kepada rakyat.

“Dalam masa lima tahun sahaja, saya percaya negeri ini mampu mengatasi Selangor hasil daripada pembangunan Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Abdul Ghani mengakui kira-kira 90 peratus orang Melayu di negeri ini menolak Pas dan beliau yakin BN mampu menang dalam PRU akan datang.

“Saya juga ingin mempersoalkan kenapa Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas) tidak bertanding sahaja di Pontian, sedangkan dia berasal dari daerah itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...