Full Width CSS

Tak Tahu Mengenai #BL1M, Meh Baca Sini @NajibRazak @tengkuazman #BNBagus #1Malaysia



Pastinya ada kalangan rakyat Malaysia yang teruja hari ini apabila mengetahui akan wujudnya satu lagi produk kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).

Timbulnya idea BL1M oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) iaitu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diletakkan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6 April 2012 dan tamat pada 6 September 2012 di Pekan, Pahang bersama Kelab KAWAN.

Dalam program perintis ini, banyak isu-isu dan permasalahan berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.



Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan setelah ianya diumumkan oleh Yb Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012 dan yang terbaru pada sidang akhbar mengenai program ini, rujuk sini.

Kajian mendapati dalam tempoh 10 tahun, lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh akan hal ini serta kurangnya kesedaran mengenai bahaya menunggang tanpa lesen.



FAKTA BL1M
• Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
• Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
• Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17 - 40 tahun
• Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
• Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ.
• Akan berjalan serentak setelah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.
• Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali
• Tiada jalan pintas.


OBJEKTIF
•  Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
• Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
• Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
• Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
• Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.


BAGAIMANA MENDAFTAR
• Secara online. Klik sini
• Mengisi borang di Pejabat Bahagian UMNO 


LOKASI PEJABAT BAHAGIAN UMNO / BL1M


Alamat di negeri² lain, sila klik sini.

“Inisiatif BL1M yang dikemukakan oleh Pemuda BN ini bertujuan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dengan meringankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan.”
Yb Khairy Jamaluddin

Maklumat lanjut mengenai BL1M, jom klik sini.

Post a Comment

0 Comments