Full Width CSS

Apa Dibuatnya Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Berkampung Di Labuan Pula? @rizalmanmokhtar @razlanrafii @khairykj




Mulai petang semalam (Jumaat), seluruh Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dari parlimen-parlimen Wilayah Persekutuan sudah berada di Labuan untuk satu misi khas yang dinamakan '...................'.

Satu pertemuan bersama jentera telah diadakan malam tadi. Pagi ini Ketua-Ketua Pemuda terjebak sama untuk bersenam robik bersempena penutupan sambutan Hari Wilayah 2013 di sana.

Kehadiran pemimpin-pemimpin muda kali ini lebih kepada memberi sokongan moral buat jentera-jentera Pemuda Labuan bagi menghadapi PRU 13 akan datang. Kehadiran mereka ini dilihat sebagai satu usaha kebersamaan jentera Pemuda dari ibu kota Kuala Lumpur.

Pagi ini juga, mereka bersama-sama jentera Pemuda Labuan akan berkonvoi mengelilingi pulau dan menerokai lebih 27 buah kampung di sini.

Konvoi akan diketuai oleh tuan rumah sendiri, Ketua Pemuda UMNO Labuan Saudara Rafi Hassan dan keseluruhan exco Pemuda Bahagian.

Turut sama Datuk Rizalman Mokhtar, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan dan beberapa Ketua Pemuda UMNO.

Labuan BN Punya

* lagi update menyusul nanti

Post a Comment

0 Comments