Full Width CSS

GEMPAR Ceramah Isu Semasa PPP Terpaksa Dikawal Bodyguard #1Malaysia #TolakPR


Ceramah isu-isu semasa yang dianjurkan oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) PPR Muhibbah di sini terpaksa diberi kawalan oleh bodyguard.

Tujuannya mudah kerana tiada jaminan keselamatan dapat diberikan di kala ada sedikit ketegangan antara penduduk di sana yang tidak senang melihat program-program rakyat daripada Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan.

Tidak senang dengan BN?

Jawapannya mudah iaitu BN kini menjadi ancaman besar kepada parti Pembangkang yang dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai parti yang menerajui parlimen Bandar Tun Razak ketika ini. Ketakutan yang melanda PR di sini semuanya berpunca daripada tindakan tidak bijak Anwar Ibrahim yang meletakkan Khalid Ibrahim sebagai calon di sini pada PRU 12 (2008) yang lepas dan kini Khalid terpaksa menjadikan Bandar Tun Razak sebagai lubuk mendapatkan duit tambahan daripada elaun Ahli Parlimen.

Dalam erti kata lain, Khalid Ibrahim gagal menjalankan tanggunjawabnya sebagai Wakil Rakyat dan bahasa lebih tepat lagi, beliau hanya makan gaji buta. Disebabkan hal tersebut lah puak-puak PR terpaksa cover line kegagalan Khalid Ibrahim.

Kerana terlalu tertekan dengan kegagalan tersebut maka penduduk yang menyokong BN ditakut-takutkan pula supaya dengan cara tersebut dapat mengurangkan lagi kegiatan BN di sana. Satu tindakan yang tidak matang ditunjukkan oleh Pembangkang.

Semakin hari semakin nampak PR takut dengan bayang-bayang sendiri.



Tapi bila dilihat-lihat balik, program BN nampaknya macam tiada kesudahannya. Bukan hanya di Bandar Tun Razak sahaja bahkan di seluruh Malaysia kerana BN tidak pernah gagal berganding bahu bersama rakyat.

BN Bagus

Post a Comment

2 Comments

  1. Memang PR dah tertekan sekarang ni bro. Boleh menang atau boleh pertahankan atau boleh mati.

    ReplyDelete
  2. Bodyguard ker samseng ni?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..