Full Width CSS

Jahil Yang Sukar Diubati #1Malaysia #TolakPR

Kata-kata Muhammad Abduh antaranya yang berbunyi,

“I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam”

Dipetik dan dijaja oleh ahli politik Melayu ultra kiasu, yang mendakwa kononnya beliau anak kepada bekas menteri pelajaran. Pada hal, melihat kepada raut wajahnya, jauh sekali. Keturunan ultra kiasu yang sukar dipastikan.


Apapun, saya teruja atas keberanian menggunakan nama bapanya. Selepas ini, tidak mustahil beliau akan lebih nampak Islam di negara asal usulnya, berbanding negara Arab, sebab ada kata-kata berbunyi sedemikian, seperti tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.

Saya tidak nafikan negara Tanah Arab bukanlah contoh terbaik bagi mempamerkan imej Islam, meskipun Islam bermula dan lahir di sana. Namun, untuk mengatakan barat yang terbaik, biarlah berpada. Kita boleh tidak suka kepada negara Arab, tetapi jangan kutuk Arab, sebab Rasulullah adalah orang Arab.Dunia Arab menjadi kurang maju, bukan disebabkan mereka orang Arab, tetapi disebabkan oleh kebobrokkan segelintir pemimpin mereka. Jika pemimpin mereka tidak bobrok, sudah lama dunia Arab maju. Ini adalah realiti sejarah yang berlaku sebelum ini. Negara Arab pernah menjadi rujukan dunia.

Kata-kata Muhammad Abduh hendaklah dilihat dalam bentuk konteks, bukan pemahaman literal semata-mata. Islam yang dirujukkan dalam konteks ini merujuk kepada pengamatan ke atas sikap orang Barat, seperti menjaga kebersihan, menepati waktu, menghormati orang lain, serius dalam mencari ilmu dan sebagainya. Itupun jika dilihat dalam konteks sebenar, apa yang Barat amalkan masih belum menepati KPI atau kehendak Islam sebenar.

Misalnya, soal kebersihan, ada satu aspek yang kurang dibahaskan iaitu suci. Bersih tidak semestinya suci. Begitu juga soal menepati masa, surah al-Ashr sudah menjelaskannya secara komprehensif. Mempergunakan masa ada kaitan rapat dengan dunia dan akhirat. Begitulah hebatnya Islam dalam mendalami sesuatu perkara.

Pendek kata, apa yang diamalkan di barat, bukanlah cerminan amalan Islam sebenar. Justeru, jangan terlalu obsess dengan kata-kata tersebut, sehingga lupa asal usul dan jati diri. Manusia yang tidak beriman kepada Allah, luaran sahaja nampak cantik, tetapi dalam belum tentu lagi.

Berbekalkan ilmu Islam yang begitu cetek, beliau turut mempertikaikan cara umat Islam di negara ini mentafsirkan ayat al-Quran, kontroversi penggunaan kalimah Allah, isu moral, cara berpakaian, undang-undang punitif dan sebagainya, sebagai perkara remeh dan tidak mendatangkan faedah. Mereka yang memberi respon kepada isu sebegini dilabel sebagai tidak matang, rendah daya intelektualnya. Mempamerkan sikap untuk menghakmilikkan agama Islam. Pada saya, ini bukan soal hak milik, tetapi soal prinsip.

Persoalan saya, siapakah budak mentah ini yang mempertikaikan keputusan para ulamak dan majlis fatwa? Melihat kepada biodatanya, latar belakang ilmu Islamnya begitu meragukan. Nasib baik beliau diangkatkan oleh bapa angkatnya. Jika tidak, kita tidak tahu sama ada beliau ada peluang atau tidak menyambungkan pelajaran ke luar negara. Jika ‘ayahanda’ nya masih hidup sudah tentu beliau akan dihalau keluar dan dicop sebagai ‘anak derhaka’ kerana menentang Islam dan suka kepada amalan bebas barat yang menjadi cara hidup ultra kiasu. Maka tidak hairan mereka begitu mempertahankan hak asasi manusia tanpa batas, bertunjangkan sistem demokrasi yang menjadi kebanggaan budak mentah ini. Jahil yang sukar diubati.

Apa yang berlaku, dilihat sebagai pertembungan antara kaum kaum tua dan kaum muda pada suatu ketika dahulu. Saya tidak nampak ada pertembungan tersebut secara ketara, walaupun tidak dinafikan wujud percanggahan pendapat antara mereka. Itu bukan pertembungan seperti pemahaman beliau, tetapi hanya perbezaan dalam pendekatan. Hatta, pertentangan antara UMNO dan PAS pun adalah perbezaan pendekatan.


Pertembungan sebenar adalah antara umat Islam dengan ultra kiasu. Pertembungan antara hak dan batil. Antara Islam dan kufur. Bukan soal siapa yang mahu menjadi juara atau menghakmilikkan dalam Islam. Saya bukan penyokong UMNO atau PAS. Pertembungan mereka adalah perkara biasa. Mereka masih jauh lebih baik daripada PKR dan ultra kiasu?

Apa yang berlaku masa lalu berbeza dengana apa yang berlaku hari ini. Saya harap, budak ini belajar memahami sejarah dengan betul, jika benarlah Islam diambil sebagai neraca. Jangan peralatkan Islam dan sejarah untuk kepentingan diri atau mahu menonjolkan beliau pandai, wal hal tidak.

Beliau risau, umat Islam berjumlah 1.6 bilion hari ini, hanya dua sahaja yang mendapat hadiah nobel sains dalam bidang fizik dan kimia. Berbanding dengan Yahudi yang nisbah dengan umat Islam 1:100, telah berjaya melahirkan 79 Laureates sains. Ada apa dengan hadiah ini? Siapakah juri atau pengadil yang menentukan pemenang laureates ini? Apakah kita yakin mereka adil dalam membuat pemilihan?

Mereka mahu kita menggadaikan maruah dan akidah untuk mengejar hadiah tersebut. Ramai saintis Iran, China dan Korea Utara yang hebat, kenapa tidak anugerahkan hadiah laureates? Jawapannya mudah, kerana tidak sealiran. Dunia Islam dan dunia timur tidak akan dipandang tinggi selagi Yahudi memerintah dunia.

Keadaan sama berlaku dalam kajian terbaharu indeks kebebasan akhbar dunia. Laman web ultra kiasu memperbesarkan berita Malaysia mencatat rekod paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2013, menduduki tangga ke-145 daripada 179 negara.

Sebelum ini, Malaysia mencatat kedudukan ke-141 (2010) dan tangga-122 (2011-2012). Kedudukan Malaysia hari ini didakwa lebih buruk daripada Bangladesh, Libya, Kyrgyzstan, Thailand, Indonesia dan Brunei, termasuk Nyanmar yang mencatat kedudukan lebih baik. Persoalan saya, kenapa negara Singapura yang menduduki tangga 149, prestasi lebih buruk tidak dipersoalkan? Masihkah kita buta niat jahat ultra kiasu ini?

Justeru, jangan kita terlalu terpesona kata-kata Muhammad Abduh yang dipetik oleh budak ini. Jika tidak ada kepentingan, saya tidak fikir kata-kata orang Islam akan dipetik. Ultra kiasu hanya obsess dengan barat dan tempat asal usulnya. Malang sama sekali, orang Melayu yang berada dalam parti ini begitu mudah dipergunakan dan diperkudakan. 

Sumber : Ridhuan Tee

Post a Comment

1 Comments

  1. Want to know Islam, you must read The Quran and Hadis , and learn from the guru. Seeing the muslims sometimes, you get confuse, even if he's a ustaz / ustazah, they're not perfect !.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..