Full Width CSS

Kenduri #1Wilayah Catat Rekod #1Malaysia @NajibRazak @RajaNongChik



Kira-kira 65,000 pengunjung memeriahkan majlis Kenduri 1Wilayah yang berlangsung serentak di 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 itu menerapkan konsep perpaduan dengan tema 'Perpaduan Teras Kejayaan Wilayah Persekutuan' dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Pantai Dalam di sini.


 


Raja Nong Chik berkata majlis seumpama itu pertama kali diadakan serentak di seluruh Wilayah Persekutuan dan bakal mencipta rekod dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai majlis kenduri terbesar yang diadakan serentak melibatkan 13 kawasan Parlimen.

"Kebanyakan penduduk yang bermaustatin di Wilayah Persekutuan berasal dari negeri lain, dan mereka membawa semangat perpaduan luar bandar seperti gotong-royong yang amat bermanfaat kepada penduduk bandar," katanya.


Raja Nong Chik turut meluangkan masa melawat khemah pameran dan bermesra dengan penduduk sekitar Lembah Pantai yang menghadiri majlis tersebut.


Sementara itu, Raja Nong Chik turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah kepada semua hadirin ke majlis Kenduri 1Malaysia di semua 12 kawasan Parlimen lain menerusi lintasan langsung.


Post a Comment

0 Comments