Wednesday, February 20, 2013

@khalid_ibrahim Ahli Parlimen Banner? @rizalmanmokhtar #BTRMilikKita


Jangan sesiapa di sini berani mengatakan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Ahli Parlimen yang pemalas.
Tiada bukti yang menunjukkan Khalid Ibrahim gagal menunjukkan muka di Bandar Tun Razak. Ini terbukti apabila Khalid Ibrahim mudah ditemui di serata tempat seluruh Parlimen 124, Kuala Lumpur.

Namun bukan orangnya yang mudah ditemui tetapi hanyalah banner yang terdapat gambar Khalid Ibrahim saja di dalamnya. Tanpa gagal Khalid Ibrahim mengirimkan banner ucapan di setiap perayaan besar di Malaysia.

Apa sudah jadi Khalid Ibrahim?

Hanya hantar banner saja bagi ucapan tapi fizikal tubuh Khalid Ibrahim, haram nak nampak.
Rasanya gelaran Ahli Parlimen Banner amat sesuai buat Khalid Ibrahim di sini. Alamatnya jika Khalid Ibrahim sekali lagi jadi Ahli Parlimen maka akan bertambahlah banner-banner ucapan perayaan.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...