Full Width CSS

Manager Psy Nafikan Berurusan Dengan Kerajaan #1Malaysia @NajibRazak #GangnamMalaysia


"Scooter Braun Projects, the management of the artist PSY wishes to categorically state that they have never been engaged or paid by the Malaysian Government for the artist's recent performance in Penang, Malaysia. News and articles circulating on the internet suggesting otherwise are therefore pure conjecture and manifestly untrue".

Berita Penuh BERNAMA :

Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', pada Rabu menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama, Rabu, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.



Amacam puak PR, spin la lagi. Bertambah dosa besar la hangpa pada seluruh masyarakat dunia.

Post a Comment

0 Comments