Friday, February 1, 2013

@MyRapidKL Lanjut Perkhidmatan Sempena Pesta Ponggal @NajibRazak #1Malaysia


Bersempena dengan sambutan Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan 2013 di Dataran Merdeka pada Sabtu ini (2 Februari 2013), RapidKL akan melanjutkan waktu perkhidmatan rel dan bas bagi menyediakan keselesaan dan kemudahan orang ramai.

"Untuk tujuan ini, stesen-stesen utama untuk ketiga-tiga laluan rel RapidKL akan dibuka dan beroperasi sehingga 12.30 pagi. Stesen-stesen itu adalah Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya untuk LRT Laluan Ampang; Stesen Masjid Jamek untuk LRT Laluan Kelana Jaya dan Stesen Monorel Hang Tuah.  

"Untuk perkhidmatan bas pula, 10 laluan termasuk enam perkhidmatan dari Hab Pasar Seni akan melanjutkan perkhidmatan dengan bas terakhir pada pukul 1 pagi," menurut Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut kenyataan itu, keenam-enam perkhidmatan dari Hab Pasar Seni itu adalah Laluan U66 ke Taman Medan, U68 ke Sri Manja/Sentosa; U70 ke Puchong Prima; U74 ke Pantai Hill Park; U88 ke Kota Damansara dan U224 ke Taman Dato' Senu di Sentul.

Empat lagi laluan bas RapidKL yang akan mendapat lanjutan perkhidmatan sehingga 1 pagi sebagai bas terakhir adalah Laluan U6 dari Medan Pasar ke Taman Jasa Utama; Laluan U22 dari  Jalan Hang Lekiu ke Sri Nilam; Laluan U23 dari Lebuh Ampang ke Taman Melawati; dan Laluan U40 dari Sinar Kota ke Terminal Kajang.

Kira-kira 100,000 masyarakat India dijangka hadir pada Pesta Ponggal Kebangsaan berkenaan, yang bertujuan menyemai semangat perpaduan itu dengan majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...