Full Width CSS

Permohonan #BL1M Dilanjutkan Lagi Kerana Sambutan Amat Dasyat @NajibRazak @Khairykj #1Malaysia #UndiBN

Ekoran sambutan menggalakkan daripada golongan belia, Pergerakan Pemuda Umno akan melanjutkan tarikh tutup permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) pada Jumaat kepada 1 Mac depan.



Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sehubungan itu, pihaknya menyasar untuk memperoleh sebanyak 150,000 permohonan menjelang 1 Mac berbanding 116,335 yang diterima sejak BL1M dilancar bulan lepas."Kita juga mengambil kira maklum balas orang ramai yang mempunyai masalah, antaranya cuti panjang, kesesakan institusi kewangan dengan pembayaran BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), menunggu gaji pada akhir bulan, dan tidak punya masa mencukupi untuk memohon bagi melanjutkan tarikh tutup pemohonan ini.

"Dengan lanjutan tempoh ini juga, kita akan menambah 515 pusat pendaftaran BL1M baharu, menjadikan kesemuanya 737 pusat pendaftaran di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra Jumaat.

Pada 31 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan program BL1M bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga lebih murah, iaitu RM199 berbanding harga asal RM350.

Khairy juga berkata seramai 5,000 mahasiswa daripada Kelab Institusi Pengajian Tinggi Barisan Nasional bakal turun padang bagi membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU ke-13.

Mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang mahu bertanding mencabar Najib di Parlimen Pekan, beliau berkata ia lanjutan kepada dasar keterbukaan demokrasi hasil transformasi politik oleh Perdana Menteri.

"Ini adalah amalan demokrasi yang terbaik, inilah hasil demokrasi yang dibawa BN dan PM kita. Sama ada mahasiswa itu diperalat pihak tertentu, itu perlu penelitian terperinci.

"Namun saya ingatkan kepada mahasiswa itu, ini pilihan raya umum, bukan sesuatu yang mudah... ini bukan seperti pilihan raya kampus," katanya.

Post a Comment

0 Comments