Full Width CSS

Permohonan #BL1M Sudah Mencecah Lebih 40,000 Orang, Anda Sudah? @NajibRazak #1Malaysia #BNBagus

 




  


Lebih 50,000 orang muda membanjiri Himpunan Orang Muda Kedah di Alor Setar semalam. Sambutan ini jelas menunjukkan bahawa orang muda Kedah sentiasa bersama PM, YAB DS Najib Tun Razak dan ini menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah pilihan mereka untuk PRU13 akan datang sekali gus menukar kerajaan Kedah yang sedia ada.



Pada himpunan ini, para belia turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan BL1M (Bantuan Lesen 1Malaysia) yang digerakkan oleh SHEB (salah satu Biro Pemuda UMNO Msia) untuk membantu golongan belia 17-40 tahun khususnya bagi mendapatkan lesen motosikal B2.


BL1M ini telah dirasmikan oleh PM sendiri pada petang tersebut dan telah mendapat sambutan yang begitu hangat daripada rakyat Kedah. Boleh dikatakan orang ramai datang dari seluruh pelusuk daerah Negeri Kedah hadir bagi mendapatkan BL1M dan bertemu dengan PM.


Orang ramai yang hadir begitu teruja dengan program BL1M kerana harga yang ditawarkan untuk mendapatkan Lesen Motosikal B2 hanya RM199 sahaja iaitu harga yang jauh lebih rendah dengan harga yang ditawarkan oleh mana-mana institut memandu. Difahamkan kebanyakkan institut mengenakan bayaran sekitar RM350-RM450.


Selain itu, Program BL1M ini sebenarnya akan dibawa ke seluruh Parlimen di mana orang ramai berpeluang mendaftarkan diri (mengikut syarat-syarat) secara online di www.bl1m.my untuk mendapatkan borang permohonan dan selepas itu borang tersebut pula hendaklah diserahkan kepada Pejabat UMNO Bahagian di parlimen terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Manakala bayaran RM199 pula dibuat secara money order di pejabat pos berdekatan.


(PERINGATAN: tidak menggunakan khidmat agen atau orang tengah dalam urusan pembayaran)

Tahniah diucapkan kepada SHEB dan Pemuda UMNO Malaysia atas usaha membantu rakyat untuk mendapatkan lesen memandu motosikal B2 dan ini sebenarnya menterjemahkan slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh PM kita "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan".


Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa peka dan prihatin kepada rakyat.


Janji Ditepati

Post a Comment

1 Comments

  1. lepas ni teruskan dengan lesen kereta pulak..ramai yg memandu tanpa lesen

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..