Full Width CSS

PR Bela Sabotaged Media Troopers? #1Malaysia #TolakPR


12 orang blogger pakatan DAP-PKR-PAS menerima RM3,000 sebulan, jumlah keseluruhan RM36,000. Ada diantara blogger yang dibayar menggunakan duit rakyat menerusi Selangor State Fund.

Ini bukti kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim salah gunakan duit rakyat untuk membayar blogger bagi tujuan politik.

Ini bermakna dalam setahun sejumlah RM432,000 dibayar untuk blogger blogger terbabit. Sekiranya dijumlah sejak 2008 lagi, Khalid Ibrahim dipercayai sudah membayar sejumlah RM1,728,000 kepada blogger blogger pembangkang. Hampir RM2 juta dihabiskan untuk membayar blogger.

Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 17,280 orang ibu tunggal boleh mendapat manfaat.

Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 1,728 orang anak negeri Selangor yang baru masuk ke universiti bakal mendapat RM1,000 seorang.

Namun Khalid Ibrahim tidak mahu menunaikan janji tersebut biarpun mampu. 1,728 orang pelajar itu masih diminta meminjam dengan PTPTN untuk meneruskan pengajian dan cita cita mereka.

Khalid Ibrahim lebih sanggup gunakan duit rakyat untuk bayar blogger berbanding menunaikan janji manifestonya kepada rakyat.


Makna SABOTAJ tu mendajalkan sesuatu, bukan?

So maknanya setiap apa yang diutarakan atau disampaikan kepada rakyat melalui pelbagai medium ianya akan diSABOTAJ oleh para blogger maya PR, tak gitu?

Memang dasar penipu yang dilatih dan diupah semata² ingin menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh orang Islam juga.

1Malaysia Tolak PR

Post a Comment

0 Comments