Full Width CSS

@razlanrafii Kecam @nikabdulaziz Menyamakan Penerima #BR1M Umpama Haiwan @NajibRazak @Khairykj @barisanasional #ManifestoBukanJanji


Keceluparan mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menggelar penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan ternyata sekali tidak sopan dan tidak berilmu. Bagi seorang pemimpin Islam yang dihormati dari sekelompok pihak yang menganggap dirinya umpama ulama Islam adalah tidak boleh diterima.

Kecetekan akal seorang pemimpin yang hanya menggunakan Islam sebagai landasan politiknya amatlah dikesali kerana kecendurangan dirinya menggelarkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai binatang.

Menurut Pengerusi Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP) Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, beliau amat kesal dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat seakan cemburu terhadap penerima BR1M dan beliau menegaskan seharusnya Nik Aziz mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat kerana negara sudi berkongsi hasil kekayaan (pendapatan) negara bersama rakyat.

Tindakan menyamakan penerima BR1M dengan binatang adalah satu bentuk tindakan protes daripada Menteri Besar Kelantan yang cemburu tidak dijemput sebagai penyampai bantuan tersebut kepada rakyat Kelantan. Untuk info, penyerahan BR1M hanya disampaikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau ADUN BN atau Pengerusi Penyelaras BN di sesuatu tempat saja.

Razlan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh juga turut mengaitkan keikhlasan kerajaan negeri dan kerajaan sedia ada hari ini. Dalam manifesto Pakatan (tipu) Rakyat sebelum memenangi Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, mereka telah berjanji pelbagai perkara termasuklah memberikan bantuan sebanyak RM600 kepada ibu tunggal di Selangor. Namun setelah hampir 5 tahun menerajui Selangor, kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji tersebut. Berlainan pula dengan kerajaan sedia ada hari ini yang tidak menjanjikan BR1M dalam manifesto PRU yang lepas tetapi telah menyediakan dan memperuntukan jumlah tertentu untuk meringankan beban rakyat.

Menurut beliau lagi, pemberian pelbagai bantuan hari ini bukti kerajaan BN ikhlas berkongsi bersama dan membangun bersama rakyat selain dari pembangunan dan sosio ekonomi negara masih tetap diteruskan secara pesat.

Satu nasihat yang turut disampaikan beliau kepada sebilangan rakyat yang gagal meyakini kerajaan BN hari ini adalah pastikan kerajaan Pakatan tunaikan janji² mereka terlebih dahulu sebelum membezakan janji² kerajaan BN.

Post a Comment

0 Comments