Monday, February 4, 2013

Tiada Ejen Dilantik Wakili Pihak #BL1M @NajibRazak @khairykj @TengkuAzman @My_BL1M

Beberapa kejadian penipuan yang membabitkan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) telah mula dikesan berlaku di Kedah.



Pihak Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) NGO di bawah Pemuda UMNO dan MyEG yang berusaha merealisasikan BL1M sebagai kenyataan buat rakyat Malaysia. Bertepatan dengan hasrat kerajaan Malaysia, pihak BL1M tidak pernah melantik atau memilih mana-mana individu dan syarikat sebagai ejen kepada mereka.

Menurut Pengerusi BL1M, YM Tengku Azman, pihaknya tidak pernah melantik dan bercadang melantik sesiapa saja untuk menjadi ejen BL1M.

''Pemuda UMNO tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen" - Tengku Azman

Beliau turut menambah bahawa kejadian penipuan ini telah mula dikesan di Kedah sebelum pelancaran mengenai BL1M dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Orang Muda yang lepas.


Berikut turut proses memohon BL1M :

1. Isi borang BL1M.
2. Sediakan wang pos sebanyak RM199 (boleh dilakukan di Pejabat Pos)
3. Wang pos hendaklah atas nama MyEG Services Berhad. 



4. Hantar borang tersebut kepada Pengerusi BL1M di Bahagian UMNO negeri tersebut.

Selanjutnya boleh rujuk di laman web rasmi www.bl1m.my



Gambar sekitar Pelancaran BL1M di Kedah.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...