Full Width CSS

@tianchua Semakin Terdesak #1Malaysia #TolakPR


Yahaya berucap di hadapan penerima BR1M PDM Kg Batu Muda

Pada selasa malam bertempat di kawasan lapang di Kampung Batu Muda telah diadakan program penyampaian BR1M parlimen Batu peringkat PDM Kg Batu Muda. Seramai 1466 orang penerima BR1M telah hadir untuk menerima voucher BR1M. Dalam ucapan Datuk Yahaya Mat Ghani, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu berkata seramai lebih 24 ribu orang di Parlimen Batu layak untuk menerima BR1M.

Dominic Lau, bakal calon BN Parlimen Batu mengagih kupon BR1M pada penerima penerima 
 "BR1M ini adalah salah satu Janji Ditepati oleh Kerajaan Barisan Nasional, walaupun hanya RM500, ianya dapat meringankan sedikit beban untuk setiap keluarga" kata Yahaya

Penerima mengerumuni Yahaya untuk kupon BR1M

Menjawab cabaran PKR Batu pada isnin lepas untuk berdebat tentang Pembangunan di Parlimen Batu, Yahaya menbidas kembali dengan bertanya apa yang telah dilakukan oleh Tian Chua ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat yang menerima gaji setiap bulan melebihi 19 ribu sebulan ? Tian Chua sepatutnya melakukan kerja kerja untuk Parlimen Batu dari berpolitiking di tempat lain.

Hambar pendengar ketika Rafizi Ramli datang berceramah di tempat yang sama
 
Sememangnya semenjak 2008 rakyat di parlimen Batu kurang mendapat perhatian dari Tian Chua yang gagal sebagai seorang ahli parlimen. Tian Chua ini mewakili Parti Keadilan Rakyat dan seharusnya pada PRU akan datang, pengundi pengundi di parlimen Batu patut menjatuhkannya. TM harap rakyat di Batu tidak akan tertipu lagi oleh Tian Chua yang sungguh pemalas.

Teringat pula..


Sumber : Taipanmaster

Post a Comment

0 Comments