Full Width CSS

Video @n_izzah Sama Bodoh Seperti Moderator #ManifestoBukanJanji #1Malaysia #TolakPR

Entah di mana silapnya Nurul Izzah semasa dilahirkan. Mungkin bapanya terlalu sibuk mengejar kekayaan dunia sehingga terlupa Iqamat pada telinga Nurul Izzah ataupun mungkin anaknya itu mengalami masalah tekanan jiwa yang teruk selepas menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen.



Manakan tidak saya mengumpamakan Nurul Izzah sedemikian rupa, nanti lihat video di bawah ini. Tapi sebelum tu baca lah skit apa yang saya nak nukilkan supaya mudah faham hehe.

Nak cakap bodoh, nanti marah pula puak-puak Pakatan Haram. Tapi kalau tak panggil bodoh nanti orang lain terutama pembaca dari sebelah kem Pembangkang yang tak tau perbuatan mereka di dalam video ini seperti orang bodoh dan meroyan.

Untuk info, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik tidak menyahut cabaran Ahli Parlimen di sini kerana Nurul Izzah sendiri gagal untuk menyenaraikan apa yang telah dilakukan untuk rakyat Lembah Pantai. Raja Nong Chik hanya meminta beliau untuk menyenaraikan perkara-perkara tersebut tetapi ternyata Nurul Izzah gagal melakukannya.


Rujuk sini, story tersebut.

Oleh hal yang demikian, maka pelbagai spekulasi timbul daripada hal tersebut termasuklah penyebaran berita palsu kononnya Datuk Raja Nong Chik bersetuju untuk berdebat dengannya namun fitnah tersebut dapat dipatahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai merangkap Pegawai Khas Datuk Raja Nong Chik sendiri membuat laporan Polis menafikan fitnah tersebut.

Disebabkan kegagalan untuk berdebat dengan Raja Nong Chik, maka diteruskan juga agenda debat bawah khemah kenduri di sana. Daripada hal tersebutlah, timbulnya perkataan BODOH seperti yang saya nyatakan di atas.

Sebabnya..


Secara seriusnya juga saya melihat satu sikap kebodohan melampau yang ditunjukkan oleh budak moderator kononnya mengumpamakan kehadiran Raja Nong Chik pada majlis debat tersebut.

Rentetan dari hal tersebut, maka tersingkaplah juga satu perkataan meroyan yang sesuai ditujukan kepada Nurul Izzah yang begitu komited melayan kebodohan moderator yang gagal mengenal pasti rupa Raja Nong Chik ataupun kerusi kosong.

Jika dilihat dari jumlah penonton yang hadir pun telah menunjukkan kegagalan sambutan yang diberikan pendokong-pendokong LGBT di sana. Ini terbukti andai debat gagal diadakan, nescaya sokongan penyokong Nurul Izzah akan tetap berada di sana untuk memberikan sokongan moral kepada beliau. Namun malangnya, sambutan yang diberikan agak hambar dan mengecewakan.

Mungkin itu petanda awal kepada Nurul Izzah untuk mengangkat kaki meninggal Lembah Pantai pada PRU akan datang. Ada sumber-sumber dalaman bagi tau, si Nurul Izzah akan berlabuh atas kerusi PAS di Titiwangsa.

Post a Comment

0 Comments