Full Width CSS

2 Anggota Komando Maut Pertahankan Negara Di #LahadDatu #1Malaysia

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu."Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

*Al-Fatihah untuk keluarga pasukan keselamatan yang terkorban kerana mempertahankan tanah air kita.


Sementara itu keadaan di sekitar bandar Lahad Datu berjalan seperti biasa. Tiada sebarang keadaan panik berlaku.

BANDAR lAHAD DATU: AMBULAN TENTERA BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN, KELIHATAN ORANG RAMAI BERJALAN KAKI DENGAN AMAN

Berita khabar angin yang bertiup khususnya di bandar-bandar Lahad Datu, Semporna dan Sandakan menyebabkan tahap keselamatan rakyat Malaysia di sini agak kelam-kabut. Beberapa kedai ditutup termasuk pejabat kerajaan. Begitu juga di Semporna, cuti kecemasan terpaksa diberikan apabila khabar angin bertiup kencang kononnya berlaku peperangan besar di bandar Lahad Datu.

Jika anda berada di Lahad Datu sekarang, kedai-kedai minum dan restoran masih dibuka seperti biasa. Orang ramai masih minum seperti biasa. Walaupun kedengaran bunyi ambulan tentera dan road block dibuat di kawasan strategik, namun Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya mengawal keadaaan.

Kesemua penceroboh berjaya dipatahkan. Keselamatan Rakyat kita di sini lebih utama dan lebih penting Kedaulatan Negara kita berjaya dipertahankan.

TENTERA MALAYSIA TEKUN DAN SABAR MEMASTIKAN RAKYAT MALAYSIA DI LAHAD DATU HIDUP DALAM KEADAAN TENANG DAN TENTERAM

Inilah, akibatnya apabila petualang bernama Anwar dan Tian Chua memberi harapan dan janji-janji yang besar-besar kepada Nur Misuari, MNLF dan penceroboh-penceroboh itu.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tiada maaf dan kompromi pada si Penderhaka, tak kira siapa dia. Menteri Dalam Negeri hendaklah tegas, jika tidak hilang kewibawaan kerajaan. Kembalikan ISA untuk martabat negara dan kestabilan rakyat.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..