Full Width CSS

Akaun Facebook Dedah Agenda Rahsia Misuari – Anwar #1Malaysi #TolakPR

Facebook Asree Sug yang mendedahkan tentang Misuari sedang memerhati politik Anwar di Malaysia

Kecondongan pendirian Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari menyokong politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula dikesan sejak Januari 2013 lagi, dedah satu akaun Facebook atas nama Asree Sug.

Pemilik Facebook itu turut mendedahkan matlamat Perhimpunan Nur Misuari dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Pulau Jolo, Sulu pada 3 Januari lalu di mana agendanya adalah seperti berikut:1. Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

2. Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu.

3. Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baharu sedangkan perjanjian lama belum dilaksanakan.

Apakah reaksi Tausug di Sabah tentang gerakan MNLF di Sulu ini ?,” soal pemilik laman sosial itu.

Dalam konteks ‘kerjasama politik’ di antara Misuari dan Anwar Ibrahim, Asree Sug berkata;

“Saya mendapat berita bahawa MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia… kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13.”

Pendedahan pemilik laman sosial yang dilihat pro MNLF turut memperkuatkan lagi spekulasi tentang agenda sebenar pertemuan Anwar-Misuari yang dilaporkan berlaku beberapa bulan lebih awal sebelum perhimpunan Misuari dan MNLF pada 3 Januari itu.

Rakaman foto pertemuan Anwar-Misuari sudah bertebaran secara meluas di alam maya, namun sehingga kini, Anwar tidak mahu mengulas tentang isu pertemuan tersebut.


Anwar berbincang dengan Nur Misuari

Sebaliknya Anwar memilih kaedah menyaman Utusan Malaysia dan TV3, yang dilihat sebagai langkah untuk menutup isu, agar tidak terus dibicarakan.

Post a Comment

0 Comments