Monday, March 18, 2013

AlFatihah : Tan Sri Zuki Kamaluddin Meninggal Dunia

Pengerusi Panel Rayuan UMNO, Tan Sri Zuki Kamaludin meninggal dunia petang semalam.

Menurut portal UMNO-online, Zuki, 77, meninggal dunia pada pukul 5.45 petang. Bagaimanapun, laman web itu tidak memaklumkan sebab kematian Allahyarham.

Jenazah Allahyarham kini berada di rumah anaknya Datuk Dr. Zamin di No 177, Jalan BK5b/1, Bandar Kinrara, Puchong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bohol, Puchong, pada pukul 10 pagi ini.

Zuki, berkelulusan ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn London, pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 1986 dan pernah dilantik sebagai senator pada 1995.

Allahyarham juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Benta, Pahang selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1978.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...