Full Width CSS

Anwar Didenda Pasai Dok Minta Tangguh Kes Saman Pulak #1Malaysia #TolakPR


Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintahkan membayar kos guaman RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin, ekoran permohonannya agar perbicaraan kes saman fitnah RM10 juta yang sepatutnya didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan.

Ketua Pembangkang yang mengemukakan saman tersebut tidak menghadiri prosiding berkenaan kerana berada di Sabah sejak semalam atas urusan politik berkaitan pilihan raya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam R. Sivarasa yang mewakili Anwar ketika memohon supaya Hakim Rosilah Yop menangguhkan perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, Perak yang dinamakan sebagai defendan, hadir di mahkamah bersama penyokong beliau.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan yang merupakan bekas rakan karib Anwar.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hamzah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk Anwar Harassed My Wife.

Anwar mendakwa artikel itu memberi gambaran dan persepsi, beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tiada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Hamzah yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dalam pembelaan bertarikh 13 November 2008 pula berkata, perkataan dalam artikel itu adalah wajar.

Terdahulu, Hakim Rosilah sejak awal lagi, bertegas mahu mendengar perbicaraan seperti yang telah ditetapkan meskipun Sivarasa beberapa kali memohon penangguhan.

Menurut Sivarasa, pihaknya memohon penangguhan atas alasan mahu merujuk kepada forensik cakera padat yang diterima daripada pihak defendan setelah merasakan terdapat ciri-ciri yang mencurigakan.

''Pihak kami tidak merasakan permohonan penangguhan ini menimbulkan prejudis terhadap pihak defendan memandangkan yang difitnah adalah anak guam saya,'' kata peguam itu.

Tambahan pula ujar beliau, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak dapat menghadiri perbicaraan ekoran berlaku kekeliruan dalam jadual tugas anak guamnya itu.

Lebih-lebih lagi, Sivarasa menyatakan, pihak defendan telah mengemukakan permohonan mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 iaitu pelupusan kes menerusi penentuan persoalan undang-undang atau pentafsiran apa-apa dokumen tanpa perbicaraan penuh.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Hamzah bagaimanapun membantah keras permohonan penangguhan pihak plaintif.

Selepas mendengar penjelasan kedua-dua pihak, Hakim Rosilah berpendapat, Anwar sebenarnya mempunyai masa yang mencukupi untuk mendapatkan pandangan forensik.

Lagipun ujar hakim itu, mahkamah telah memaklumkan sejak awal lagi bahawa permohonan Anwar melalui surat bertarikh 20 Mac lalu supaya perbicaraan ditangguhkan, tidak dibenarkan.

Selepas memerintahkan Anwar membayar kos guaman, Hakim Rosilah menetapkan 2 Mei depan untuk mendengar perbicaraan.

Post a Comment

0 Comments