Full Width CSS

Awesome : Kerajaan Kedah Sudah Bina 12 Buah Masjid Semenjak 2008 #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR



Kenyataan kerajaan Kedah membina 12 masjid seperti terkandung dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ adalah satu pembohongan ketara, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharum.

Beliau yang juga Ketua UMNO Kubang Pasu seterusnya berkata semua masjid itu dibina menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, berjumlah RM24 juta.

“Kita ada semua maklumat mengenai kontraktor dalam pembinaan, lantikan semua kontraktor dan dokumen perlantikan kontraktor serta tender untuk membina masjid tersebut,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba, di sini hari ini.Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata empat daripada masjid itu telah siap dan diguna orang ramai manakala sebuah surau yang dinaik taraf menjadi masjid di Batu 8, Sik, dibiayai sepenuhnya oleh orang perseorangan.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tampil memberi penjelasan berhubung buku tersebut yang diterbitkan kerajaan negeri untuk rakyat di Kedah.

Beliau berkata sejak 2008, kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional(BN) telah membina 22 masjid baharu di negeri itu dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.


Kandungan buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ yang diterbitkan kerajaan negeri pimpinan Pas itu menyatakan sebanyak 12 masjid dibina oleh kerajaan negeri sejak 2008 hingga tahun lepas.

Dalam buku itu dinyatakan dua masjid dibina pada 2008, sebuah pada 2010, empat pada 2011 dan lima pada 2012.

Buku itu diedarkan secara percuma kepada rakyat menerusi pemimpin masyarakat sejak awal bulan ini sebelum dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac lalu.

Post a Comment

0 Comments