Full Width CSS

Buat Perajurit Negara Maralah Ke Hadapan Dengan Semangat Kental Tariq Bin Ziyad #LahadDatu #1Malaysia


Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan penceroboh terus menghina kedaulatan negara Malaysia. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

Patah sayap bertongkat paruh, 
Patah paruh bertongkat siku, 
Patah siku bertongkat dagu, 
Patah dagu bertongkat kuku.

Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq Bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

“Dengarlah semua!
Ke mana kamu semua dapat lari?
Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran. Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap. 

Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”


Post a Comment

0 Comments