Full Width CSS

Jawapan Pengarah MyEG Mengenai Status #BL1M #1Malaysia @Khairykj

Adun Teja Chang Lih Kang , Mungkin dah kekering idea untuk mencari populariti murahan. Taktik fitnah beliau dengan menghentam satu usaha murni oleh Pemuda UMNO untuk membantu golongan belia mendapatkan Lesen yang sah melalui Program SHEB Bantuan Lesen 1Malaysia. (BL1M)

Apa yang didakwa oleh Adun Teja tidak mempunyai satu dokumen serta bukti bertulis yang boleh dipercayai , Semuanya adalah berdasarkan persepsi untuk menjatuhkan kreditbiliti usaha murni yang telah dilakukan oleh pihak SHEB..



Berikut adalah penjelasan DATO' RAJA MUNIR SHAH,

Salam dan Selamat Sejahtera. 
Sidang Akhbar ini di panggil adalah bertujuan untuk memberikan keterangan yang tepat dan jelas kepada Rakyat Malaysia terhadap tuduhan yang telah di lemparkan oleh Chang Lih Kang salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang juga merupakan ADUN Teja yang telah di keluarkan di laman Keadilan Daily pada hari Selasa 5 Mac 2013 berkenaan penglibatan MyEG Services Berhad dalam Program BL1M - Bantuan Lesen Satu Malaysia anjuran Pemuda UMNO Malaysia di bawah kawal selia Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB). 
 
Pertama sekali ingin saya tegaskan di sini, pihak MyEG Services Berhad telah dilantik sebagai vendor program ini pada 13 Januari 2013 lalu bagi mentadbir dan menguruskan program berkenaan. 
 
Pihak MyEG Services ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mempunyai kepercayaan melantik kami sebagai vendor program ini yang mana telah memberikan peluang kepada pihak MyEG Services untuk turut sama membantu menjalankan khidmat kepada Rakyat dalam melesenkan secara sah dan mengikut peraturan yang telah siap wujud di bawah pemantauan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada Rakyat malaysia. 

 
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan puan-puan, MyEG adalah merupakan juga pihak yang telah sememangnya terlibat dalam proses aliran pengambilan dan permohoan lesen memandu berperanan menyediakan pusat-pusat e-khidmat yang menempatkan pusat-pusat ujian berkomputer bahagian 1 kepada calon-calon yang memohon untuk mendapatkan lesen motosikal B2 mereka. 
 
Melalui program BL1M ini, kadar kos pengambilan lesen terutamanya bagi Lesen B2 motosikal telah di tawarkan pada kadar istemewa iaitu RM199 berbanding rata-rata sekarang ini antara RM350.00 sehingga RM400.00 di pasaran sekarang tanpa wujudnya jalan pintas atau "short cut" dalam proses untuk mendapatkan lesen motosikal B2 ini. 

Kos yang telah di tetapkan kepada setiap calon oleh pihak penganjur adalah sebanyak RM199.00 seorang dan meliputi semua peringkat taklimat dan ujian seperti sedia ada mengikut peraturan dan garis panduan yang di tetapkan oleh pihak JPJ. 
 
IM TANGGUNG KERUGIAN. MYEG MENGAUT KEUNTUNGAN

Seperti mana yang di nyatakan dalam kenyataan oleh pihak PKR, pihak Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) telah menawarkan harga yang amat rendah iaitu RM100.00 kepada pihak pengusaha Institut memandu bagi setiap calon. 
 
Izinkan saya menjelaskan kedudukan sebenar berdasarkan fakta dan bukannya cerita dongeng atau pembohongan dan fitnah bagi mengelirukan Rakyat. MyEG tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat tawaran sebanyak RM100.00 kepada mana-mana IM melalui program BL1M ini. 
 
Jika apa yang di tuduh oleh PIMA dan PKR, kami mencabar kedua-dua pihak berkenaan untuk memberikan bukti terhadap tuduhan mereka itu. Untuk membantu menjayakan Program BL1M ini, pihak MyEG Services telah menawarkan bagi Ujian Berkomputer Bahagian 1 perkara yang berikut :
setiap calon atau peserta hanya di kenakan bayaran sebanyak RM17 untuk menduduki ujian berkomputer berkenaan. Sekiranya peserta gagal dalam ujian pertama, peserta berkenaan bolehlah menduduki untuk ujian kedua dan ketiga TANPA dikenakan apa-apa bayaran tambahan. 
 
Lazimnya, jika bukan melalui BL1M, calon yang menduduki ujian berkomputer ini WAJIB membuat bayaran sebanyak RM17 sekiranya gagal dan ingin mengambil ujian semula sehingga berjaya. Oleh itu, pihak peserta BL1M telah dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM34 jika berbanding keadaan di luar program BL1M ini. 
 
Dan berdasarkan kepada apa yang di perkatakan oleh pihak PKR, jika jumlah sasaran 500 ribu peserta BL1M tercapai dan kadar kegagalan mengikut kelaziman mencecah 70% - MyEG sebenarnya telah membantu Rakyat Malaysia sejumlah RM11.900,000.00 (500ribu peserta x 70% = 350ribu peserta x RM34 (2 kali ujian ulangan komputer). 


Apakah ini bukan satu sumbangan dari pihak MYEG kepada Rakyat yang menyertai program BL1M ini? Persoalannya -Apakah ini yang di maksudkan sebagai mengaut keuntungan sekelip mata oleh pihak PKR dan PIMA? Program bantuan lesen ini adalah di bayar terus oleh pihak pemohon iaitu sebanyak RM199.00 dan seara langsung tidak melibatkan sesen duit Rakyat atau government Public funds. 
 
Transaksi urusniaga ini di jalankan atas dasar " willing buyer, willing seller" dan tiada apa-apa paksaan di kenakan ke atas orang ramai memohon untuk menyertai program ini. 

Datuk Raja Munir Shah bin Raja Mustapha sebagai salah seorang pemegang saham utama MyEG dan salah seorang yang aktif dalam politik UMNO - ingin saya perjelaskan di sini, saya telah menjadi Pengarah Eksekutif dan pemegang saham dalam MyEG semenjak tahun 2004 lalu. 
 
MyEG menjadi salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan e-khidmat melalui sistem tender terbuka dalam tahun 1999 lalu. 
 
Apakah selaku seorang ahli politik, saya tidak perlu mempunyai kerjaya. Apakah salah kebolehan saya sebagai seorang usahawan saya menjalankan perniagaan untuk mencari rezeki yang halal bagi menyara diri dan menanggung kehidupan keluarga saya dan sebagai seorang ahli UMNO saya juga bertanggungjawap untuk menyokong Program murni anjuran Pemuda UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat dapat membantu Rakyat dalam mencapai impian mereka untuk mendapatkan lesen B2 motosikal, yang mungkin di perlukan Rakyat untuk pergi belajar atau untuk ke kerja mencari rezeki mereka. 

Ini soal kepentingan Rakyat - yang mana kepentingan rakyat wajib di dahulukan. 
 
Dalam program BL1M ini, tiada jalan pintas atau "short cut" dilakukan untuk mendapatkan lesen motosikal mereka. 


Semua peraturan dan garis panduan yang telah di tetapkan oleh pihak JPJ adalah sentiasa di patuhi dan sentiasa di dalam pemantauan pihak JPJ. Contohnya, seperti program yang telah di jalankan di Jempol Negeri Sembilan pada 2 dan 3 hb Mac yang lalu. 

MyEG amat perihatin terhadap keperluan Rakyat yang ada di kalangan mereka tidak mampu untuk memohon mendapatkan lesen B2 mereka di atas beberapa sebab termasuk kos yang dikenakan adalah tinggi dan ada di kalangan mereka terpaksa menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen motosikal yang sah dan ini menimbulkan masalab sampingan kepada diri penunggan dan pengguna jalanraya yang lain.
Oleh itu, program ini amatlah perlu bagi melesankan mereka ini demi keselamatan semua yang menjadi tradisi Kerajaan untuk membela Rakyat yang turut di sokong oleh pihak kami. 
 
Apakah pihak PKR ingin mengatakan di sini bahawa 70% kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Malaysia sebelum ini (sebelum adanya BL1M) adalah menjadi tanggungjawap PIMA? Oleh itu, saya selaku pihak yang di namakan secara langsung di dalam kenyataan pihak PKR di dalam Keadilan Daily ingin memberikan tempoh selama 7 hari dari tarikh hari ini agar mereka menarik balik kenyataan berbentuk hasutan, fitnah dan mengelirukan ini. 

 
Jika tidak pihak saya dan MYEG tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PKR, Chang Lih Kang dan pihak PIMA di atas kekeliruan dan menimbulkan syak wasangka orang ramai dan keraguan terhadap diri saya dan syarikat saya.

Sekian, terima kasih.
DATO' RAJA MUNIR SHAH BIN RAJA MUSTAPHA
PENGARAH EKSEKUTIF MYEG SERVICES BERHAD

Post a Comment

4 Comments

  1. Dah solosai sok kita ejas yo tok.semua pusat komputer shutdown.sabar ye.on proses

    ReplyDelete
  2. Saya punya bl1m tak dikemaskini lagi oleh sistem .
    Macam mana ne..

    ReplyDelete
  3. urmmm tunggu feedback sampai la n xdpt cmne n???/ duit da bayar...check status xlayak...mcm ne nk dptkan duit balik!!!!!!!!!!!!!!! pls 0136447410 call myeg asik bz manjang!!!

    ReplyDelete
  4. sudah lah ini semua auta...dari February payment dah buat ni da masuk May mane kursus nya? Org bayar kot!!! Stress betol setiap kali col ckp sdg prosess...sdg process...sdg process.. bpe lame nk tgu??
    Lebih baek ko refund je balik duit aku pastu aku amik direct dgn driving school. Xde lah aku nk g kje naek public transport lagi!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..