Full Width CSS

Jom Ke Pelancaran #PR1MA Alam Damai Oleh PM @NajibRazak #1Malaysia #BNBagus


PR1MA Alam Damai merupakan salah satu projek pembangunan PR1MA yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 bagi merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan mampu milik untuk mereka yang berpendapatan sederhana di pusat bandar utama.

Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada Julai 2011 bagi menyahut permintaan rakyat yang inginkan kediaman mampu milik, biarpun nilai hartanah masa kini semakin meningkat. Oleh itu, PR1MA membuka peluang kepada individu atau keluarga yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500 – RM7,500 serta tidak memiliki lebih daripada satu rumah untuk memohon.
PR1MA Alam Damai menjanjikan lokasi strategik yang terletak di Cheras, sebuah kawasan sentral dengan pelbagai kemudahan. Dengan adanya lebuhraya MRR2 dan Cheras-Kajang, penduduk PR1MA Alam Damai boleh menikmati akses yang lebih mudah ke bandar-bandar lain.

Sebanyak 8 blok apartmen PR1MA Alam Damai akan dibina dengan 2,078 unit rumah disediakan. Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi.

Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat.

Takyah tunggu-tunggu lagi, jom bersama-sama di Majlis Pelancaran Rumah PR1MA Alam Damai :-

10 Mac 2013 (Ahad)
9 Pagi
Alama Damai, Cheras (berhadapan SK Alam Damai)

Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi. Pemohon yang berkelayakan boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah dan memenuhi semua syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka.


Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat. Kemudahan seperti ini memberi peluang untuk penghuni di sini menyemai gaya hidup yang aktif, sihat dan selesa.

Seiring dengan objektif PR1MA yang memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia berpendapatan sederhana, PR1MA Alam Damai menyediakan keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi dan kemudahan seperti: 

• Kedai 1Malaysia
• Kilinik 1Malaysia
• Surau
• Gimnasium
• Dewan Komuniti

BN Bagus

Post a Comment

0 Comments