Sunday, March 24, 2013

Kit #JomBertindak Persediaan Buat Pengundi #1Malaysia

Menarik dan satu pendekatan yang lain dari lain.

Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan ‘Jom Bertindak’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.


Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi.

Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.

Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.


Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...