Full Width CSS

Korang Ceroboh Malaysia, Tiba² Korang Bantah Tindakan Tentera #1Malaysia #LahadDatu

Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.



Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.





Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut.

Ulasan :

Ek elehhh lu orang datang ceroboh negara Malaysia lepas tu lu orang nak minta Malaysia hentikan serangan tersebut. Bodoh !

Malaysia bertindak mengikut piawaian antarabangsa dan secara jelas tidak melanggar Majlis Undang² Geneva kerana Malaysia telah memberi amaran kepada kumpulan penceroboh untuk keluar dari Malaysia atau menyerah diri namun amaran tersebut tidak diendahkan dan kumpulan penceroboh telah bertindak membunuh 8 orang penjawat awam di sana.

Sama macam negara jiran di sebelah Selatan nun.

Yang bestnya, siap ada banner dan sepanduk yang cantek bagai. Macam dah bersedia nak buat demontrasi kat depan Kedutaan Malaysia tu.

Post a Comment

2 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..