Full Width CSS

Lagi Cikgu Hina Pasukan Keselamatan Bakal Dijejak @PDRMsia #LahadDatu #PrayForSabah #PengkhianatNegara

Hari ini, PDRM mengesahkan Cikgu Lotfi atau lebih dikenali sebagai Cikgu "Doggie" melalui siasatan yang dilakukan mereka, didapati tidak pernah mempunyai sebarang rekod sakit mental sepertimana yang didakwa dirinya.

Polis tidak menerima sebarang laporan atau pengesahan kesihatan bahawa seorang guru, Mohamad Lotfi Nor, 37, yang ditahan dan disiasat kerana menghina pasukan keselamatan melalui laman sosial Facebook miliknya mengalami masalah mental. 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sepanjang siasatan dijalankan, pihaknya tidak menerima laporan atau pengesahan kesihatan daripada doktor yang menyatakan guru terbabit mempunyai masalah mental sehingga mempengaruhi tindakannya mengeluarkan kata-kata penghinaan tersebut. 

"Kami masih belum menerima apa-apa laporan doktor mengatakan beliau (Mohamad Lotfi) ada masalah penyakit jiwa atau masalah psikiatri," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.
Jalaluddin berkata, suspek direman sehingga esok sementara polis menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mendakwa guru berkenaan di mahkamah.
Mohd Lotfi, seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Puteh, diberkas polis kerana mengeluarkan kenyataan menghina pasukan keselamatan Ops Daulat sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' melalui laman sosial miliknya. 

Pada 11 Mac lalu, guru tersebut melalu laman Facebook miliknya menulis : "Xleh komen doh fb polis...hahahaha...kesian dogie...dah mati katak...hahaha...kan betul polis tu anjing...hahaha...berubah terus posting hari nih...hahaha" dan "berapa ekor anjing dah mampus". 

Laman sosial itu turut memuat naik gambar yang menghina pasukan keselamatan termasuk gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai 'bapa anjing'. - Utusan

Sementara itu, admin juga berharap pihak berkuasa dapat mengenakan tindakan sama terhadap seorang lagi pendidik seperti yang pernah admin kongsikan beberapa hari lepas melalui blog ini (KLIK SINI)





Jerry Totih melalui facebook miliknya menampilkan kebiadapan seorang guru yg mengajar di salah sebuah sekolah di beaufort sabah.

Beliau telah menghasut dan menanam sikap benci kepada kerajaan. Beliau juga telah menuduh dan menghina Perdana Menteri Malaysia & Ketua Menteri Sabah sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Post a Comment

1 Comments

  1. tunjukkan bukti...setakat cakap air liur basi je boleh la??? bukti video tak nak percaya pulak...klu tak betul dah lama dah si anuwar tu saman eskay???

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..