Full Width CSS

Mantan² KPN & Timbalan KPN Berhimpun Bantah Kenyataan Biadap @tianchua



Pada hari ini, Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) telah menganjurkan satu demonstrasi aman di Tugu Peringatan Negara. Demo tersebut yang diketuai oleh Tan Sri Zaman Khan telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang pesara polis yang terdiri dari bekas VAT 69, UTK dan pesara-pesara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).

Demo tersebut diadakan bagi menunjukkan simpati terhadap keluarga pahlawan-pahlawan PDRM yang telah gugur menangani krisis di Sabah. YPM juga berkongsi perasaan sedih bersama mereka dan bersatu sebulat suara menyokong pasukan polis untuk menangani masalah keselamatan negara. YPM mendesak semua pihak untuk "close ranks" dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua serta lain-lain parti yang telah memperkecilkan pasukan polis terutama yang menyatakan ini semua satu sandiwara yang dimainkan sehingga membawa kepada kematian anggota dan pegawai kita di Sabah. YPM berterima kasih kepada pihak media dan semua yang hadir memberi sokongan.



Kenyataan Media Yayasan Pengaman Malaysia

Al-Fatihah.

Mantan KPN, Mantan Timbalan KPN, Mantan Pengarah-Pengarah PDRM Yayasan Pengaman Malaysia bersama seluruh warga PDRM yang sedang berkhidmat dan telah bersara turut sama bersedih di atas terkorbannya dan tercedera beberapa anggota VAT 69 dan Cawangan Khas dalam gerakan terhadap pencerobohan bersenjata di Lahad Datu Sabah. Ini adalah tindakan aggression dan waging war terhadap negara. Insyaallah kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Bersenjata Malaysia. 

Bahawa kami yakin PDRM dan angkatan tentera mempunyai keupayaan kepakaran strategi, taktik dan teknik untuk menghadapi cabaran ini. Track record kedua-dua pasukan ini jelas melalui darurat 1948-1960 dan lain-lain peristiwa yang mengancam ketenteraman negara. Terkorban dan cedera dalam mempertahankan kedaulatan negara adalah occupational hazards yang terpaksa dihadapai PDRM dan angkatan tentera. Pegawai dan anggotanya jelas risiko yang terpaksa mereka terima dan akur kepadanya. 

Kami berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerajaan dan rakyat yang telah menzahirkan dan memberi sokongan moral dan material doa restu kepada pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera. Ini semua mempunyai erti yang sangat besar kepada keluarga, sanak saudara dan moral anggota yang berkhidmat lebih-lebih lagi yang sedang menjalankan gerakan di Lahad Datu. Hidup mati adalah ketentuan Allah SWT. Yang mati tidak akan kembali. Lagi nyawa tidak boleh digantikan dengan wang ringgit dan segala perhiasan dunia. 

Sungguhpun begitu kami dan seluruh warga PDRM yang telah bersara dan yang masih berkhimat sangat terkilan dan merasa kesal di atas ulasan yang telah dibuat oleh beberapa manusia yang kami sifatkan tidak berhati perut langsung tiada perasaan belas kasihan manusia. Menghina dan memperlekehkan pengorbanan pegawai dan anggota yang terkorban dan cedera.

Penghinaaan pertama:

Kematian dianggap sebagai satu sandiwara. Alangkah rendah hemah manusia ini. Ia sanggup mempermainkan kematian sebagai satu sandiwara. Kematian bukan satu permainan manusia. Setiap yang hidup pasti mati. Ketentuan Allah SWT. Sungguh kami rasa terhina lebih-lebih lagi balu, anak-anak dan saudara mara pegawai dan anggota yang terkorban. Sampai hati manusia ini berkata sedemikian.

Penghinaan kedua:

Di Facebook terdapat posting berikut “dua polis anjing UMNO mampus” di post oleh seorang mengenal diri sebagai Jonathan Lin. Terdapat kira-kira 160,000 ribu pesara dan bekas polis dan 140,000 yang masih berkhidmat tidak termasuk PVR. Kira-kira 2 juta suara warga polis ini tidak termasuk saudara mara mereka
dekat dan jauh sahabat kenalan mereka dekat dan jauh dan rakan seperjuangan dalam angkatan bersenjata dan veteran angkatan bersenjata dan lain rakyat jelata silent majoriti yang cintakan keamanan dan pandai berterima kasih kepada PDRM dan pasukan keselamatan di atas segala pengorbanan mereka dahulu dan sekarang akan bersama warga PDRM menolak kumpulan ini.

Barisan pesara PDRM tetap bersama Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dan seluruh anggota bersedia menawarkan apa juga bentuk kepakaran, pengalaman dan trade craft yang kami ada hasil perkhidmatan masing-masing lebih 35 tahun dalam PDRM.



Penasihat Yayasan Pengaman Malaysia
Tun Mohd Haniff Omar Mantan KPN

Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia
Tan Sri Abd Rahim Noor Mantan KPN
Tan Sri Norian Mai Mantan KPN

Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia
Tan Sri Mohd Bakri Omar Mantan KPN
Tan Sri Musa Hassan Mantan KPN
Tan Sri Samshuri Mantan Timb/KPN

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia
Tan Sri Mohd Jamil Johari Mantan Timb/KPN

Bendahari Yayasan Pengaman Malaysia
Tan Sri Mohd Najib Mantan Timb/KPN

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia
Tan Sri Husin Ismail Mantan Timb/KPN

Wakil Pesara Vat 69, Sqd 69, PBPM, Pesara Cawangan Khas, Pesara PPH, Yayasan Pengaman Malaysia & Respa.
Tan Sri Mohd Zaman Khan Mantan Pengarah JSJ.
Tan Sri Yuen Yet Leng Mantan CP Sarawak

Post a Comment

0 Comments