Full Width CSS

Nur Misuari Ngaku MNLF Terlibat Dalam Pertumpahan Darah Di #LahadDatu #1Malaysia #TolakPR


Agensi berita Sun Star Davao mengeluarkan satu kenyataan Nur Misuari, Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang mengakui bahawa beberapa ahli dalam kumpulan beliau adalah sebahagian daripada lebih daripada 200 lelaki bersenjata yang mencerobohi kampung pantai di Lahad Datu, Sabah, Malaysia selama lebih daripada dua minggu.

Dalam pertemuan beliau dengan Rodrigo Duterte, Datuk Bandar Davao City Sabtu lepas, beliau telah menafikan sebarang campurtangan di dalam pertembungan di antara polis Malaysia dan penceroboh yang di dakwa merupakan tentera Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Raja Muda Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III.Misuari mendakwa bahawa ahli-ahli MNLF yang menyertai kumpulan Kiram di Sabah tidak mendapat kebenaran beliau. Beliau berkata, mereka menyertai kumpulan Kiram itu bukan sebagai ahli MNLF tetapi dalam kapasiti peribadi mereka kerana mereka mempunyai saudara mara di dalam kelompok penceroboh tersebut.

Misuari seperti bongkak apabila mendakwa bukan trademark beliau untuk menghantar hanya 200 pasukan bersenjata berdepan dengan pasukan keselamatan negara Malaysia.

Ironinya, semasa 17th MNLF Grand Summit Gathering MNLF ke-17 di Kota Davao pada 21hb Oktober 2012, Nur Misuari dengan lantangnya meminta mereka yang hadir di perjumpaan itu supaya 'mengisytiharkan di depan seluruh dunia hasrat mereka untuk mencaripenyelesaian muktamad kepada tuntutan ke atas Sabah dan Borneo Utara.'



Di dalam web rasmi MNLF, Nur Misuari juga berkata, "Kita boleh melihat tanda-tanda yang terang akhir jalan yang rumit - jalan untuk kebebasan sejak 65 tahun penjajahan Filipina pada satu tangan dan jalan untuk kebebasan terhadap 49 tahun penjajahan Malaysia di pihak yang lain."

Nur Misuari juga mencerca Haji Al-Haj Murad, Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF) sebagai boneka negara Filipina dan Malaysia.

Apabila Nur Misuari bercakap tentang 'penyelesaian muktamad kepada tuntutan ke atas Sabah dan Borneo Utara', maka logiknya kita akan memikirkan betapa mustahilnya beliau mencapai angan-angan beliau itu melalui sebarang rundingan kerana dunia dan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu telah menerima negeri Sabah sebagai salah satu negeri dalam Malaysia.

Jika rundingan tidak mungkin akan berpihak kepada beliau, apalagi pilihan yang beliau ada?

Timbul soalan cepu mas sama ada beliau akan menggunakan kekerasan sebagai 'penyelesaian muktamad beliau ke atas negeri Sabah'. Kita tidak tahu dan tidak mungkin beliau akan mengaku jika ada perancangan sedemikian rupa.

Maka apabila timbul gambar perjumpaan di antara Anwar Ibrahim dan Nur Misuari pada tahun lepas, pelbagai persoalan dan persepsi timbul. Salah satunya ialah apakah perjumpaan itu untuk mencari 'penyelesaian muktamad' seperti yang diharapkan oleh Nur Misuari?



MiM tidak menuduh tetapi sekadar bertanya kerana hanya Anwar Ibrahim, Nur Misuari dan rakan-rakan rapat mereka sahaja yang tahu isi kandungan perjumpaan mereka.

Persoalan besar sekarang, apakah Anwar Ibrahim sedia berkongsi dengan rakyat motif perjumpaan beliau dengan Nur Misuari?

Sumber : Dr MiM

Post a Comment

1 Comments

  1. Dapatkan bukti yang sah supaya rakyat dibangunkan dari di"pukau" dan hentikan fitnah dan agenda2 jahat pengkhianat negara yg sanggup menggadai nyawa rakyat. Demi menyelamatkan negara yang tercinta, kita fikir-fikirkanlah dengan waras dan rasional.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..