Full Width CSS

#PR1MA Hadiah Sepanjang Hayat @BarisanNasional Kepada Rakyat @NajibRazak #1Malaysia


80,000 rumah mampu milik untuk rakyat yang berpendapatan sederhana akan dibina di Lembah Klang & Wilayah Persekutuan. 50,000 unit rumah akan dibina melalui projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Manakala baki 30,000 unit rumah baki daripada itu akan dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.

Jaminan daripada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak harga seunit rumah lebih rendah sebanyak 20% - 30% daripada harga semasa pasaran. Beliau memberi jaminan semasa melancarkan PR1MA Alam Damai, di Bandar Tun Razak semalam.

Sebanyak 2,070 unit rumah daripada 80,000 akan dibina di sini.

"Projek ini jangan dilihat sebagai projek memiliki rumah sahaja tetapi boleh juga disifatkan sebagai sesuatu projek ataupun program di mana nilai kekayaan kita bertambah. Boleh dilihat sebagai wealth creation programe. Kerana bukan mudah bagi kita bila dapat sesuatu kita beli, kita dapat keuntungan. Jarang ada projek seperti ini."


Perumahan PR1MA dibina dengan 3 kategori :

i. PR1MA (Kerajaan)
ii. Swasta & Kerajaan
iii. Swasta

Syarat kelayakan untuk memohon PR1MA sangat mudah, iaitu :

i. Warganegara Malaysia
ii. 21 tahun ke atas
iii. Berpendapatan individu atau gabungan dengan isi rumah sebanyak RM2,500 - 7,500
iv. Pemohon tidak memiliki lebih dari satu hartanah.

Sebanyak 8 blok apartmen PR1MA Alam Damai akan dibina dengan 2,078 unit rumah disediakan. Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi.


Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat.

Bagaimanapun harga dan kadar masih belum diumumkan dan akan diberitahu dalam masa terdekat.

Inilah salah satu daripada keberhasilan dan keterbukaan Barisan Nasional (BN) dalam memberikan faedah yang berlipat kali ganda kepada rakyat khususnya. 

Maklumat lanjut & pendaftaran secara online : www.pr1ma.my


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
bukan sekadar slogan tetapi ia sebuah pengertian yang jauh lebih besar

Post a Comment

2 Comments

  1. Berape harga rumah untuk PR1MA alam damai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga masih belum diumumkan lagi tapi Najib beritahu dalam masa terdekat.

      Delete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..