Full Width CSS

Rambut @Zahid_Hamidi Pun Menjadi Masalah Besar Pada Pencacai PR #1Malaysia #TolakPR #LahadDatu

Saya amat kasihan melihat permainan politik siber di sebelah Pembangkang sana tu. Disebabkan tiada isu² yang hebat dan masing² ketandusan isu maka perkara yang remeh pun dipolitikkan dengan harapan agar rakyat dapat menilai kekurangan di sebelah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Tiada apa kekurangan tetapi jika dilihat dari sebelah sudut pandangan lain telah menampakkan seakan² pencacai PR ni sudah kehabisan bullet menyerang peribadi pemimpin kerajaan.

Di bawah ini print screen daripada laman Facebook milik pencacai PR.


Soal Zahid Hamidi putihkan rambut pun menjadi masalah besar kepada pencacai PR. Bukannya Zahid menggunakan wang rakyat untuk hitamkan rambut dia tu. Apatah lagi saya pasti, Zahid tidak sesekali meminta derma dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai dalam ceramah² beliau selepas pulang dari Lahad Datu, Sabah.

Inilah dia masalah pencacai PR yang tak matang berjuang di alam maya. Bak kata seorang sahabat blogger saya, Panglima Perang Cyber. Kang kalau dipanggil bodoh, marah pula puak² PR ni. Tapi ni lah hakikatnya, jelas terpancar kedunguan pencacai PR nak tarik sokongan dengan cara agak kelakar.

Lepas ni akan ada la pulak pencacai PR buat spekulasi kononnya Zahid hitamkan rambut di salon lah, perempuan bukan muhrim buatlah dan lain² lagi asalkan dapat memalukan serta menjatuhkan reputasi pemimpin BN.

Post a Comment

1 Comments

  1. Hehehe... Dah tak de isu.. Rambut pun rambut lah... Kesian tul... Pasni, kaler baju, kasut, suara pun blh jd isu... Ni nk alih perhatian la tu... Cai cai

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..