Full Width CSS

Upin Ipin Dipilih Sebagai Duta Unicef #1Malaysia


Karektor utama dalam siri animasi popular Malaysia ‘Upin & Ipin’ dipilih Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia sebagai Duta Negara bagi kanak-kanak.

Wakil Unicef di Malaysia Wivina Belmonte berkata poulariti dan komitmen dua Duta Negara muda itu boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak, di samping menyemai sikap menghormati perempuan dan wanita.

“Upin & Ipin menghantar satu mesej penting, bahawa ‘lelaki tulen tidak membuli, memukul atau mencederakan orang perempuan. Bukanlah sesuatu yang baik, sesuatu yang melucukan dan sesuatu yang betul untuk berbuat demikian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari Khamis.

Beliau berkata Unicef Malaysia akan bekerjasama dengan penerbit siri itu Les’ Copaque Production Sdn Bhd untuk mewujudkan kesedaran tentang isu berkaitan kanak-kanak kurang upaya, perbuatan membuli, keselamatan Internet dan keganasan terhadap perempuan.

Ketua Bahagian Pemasaran Antarabangsa Les’ Copaque Karyabudi Mohd Aris berkata mereka berharap dapat membantu Unicef melalui platform media dan sosialnya.

“Unicef memilih kami kerana pengaruh kami terhadap massa, khususnya kanak-kanak daripada pelbagai peringkat usia, nilai budaya dan perilaku positif yang kami tonjolkan melalui siri kami selama ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Multimedia Kreatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Kamil Othman berkata kolaborasi itu akan membantu mempromosi budaya Malaysia kepada masyarakat dunia.

“Animasi adalah cara terbaik untuk menceritakan sesuatu kisah… ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku dalam industri multimedia kreatif dan animasi tempatan, yang kami harap akan memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab industri kreatif bertaraf dunia,” katanya.

Melalui peranan mereka sebagai Duta Negara, ‘Upin dan Ipin’ akan terus menjadi suara penting dan contoh menarik bagi kanak-kanak di Malaysia.

Karektor ‘Upin dan Ipin’ itu dipilih sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa esok, sesuai dengan temanya ‘Janji Tetap Janji – Masa Untuk Bertindak Untuk Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita’.

Jom layan Upin Ipin jap
 

Post a Comment

1 Comments

  1. Upin-ipin ni ada auranya tersendiri.Anak aku yang baru 11 bulan,seronok tengok walaupun tak faham apa yang diorang cakap.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..