Full Width CSS

[VIDEO] Anggota @PDRMsia Nazak Tragedi #Memali #1Malaysia #TolakPR

Amanat dari segi bahasanya membawa maksud suatu mandat ataupun mesej yang disampaikan dari satu pihak kepada pihak yang lain dan pihak tersebut perlu untuk melaksanakan perkara yang terkandung di dalam amanat tersebut.


Begitulah juga dengan apa yang terjadi sebelum tragedi Memali tercetus di mana para pengikut dan penyokong PAS berhimpun mendengar amanat yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika itu, Hj Hadi Awang yang menggelarkan kerajaan UMNO (BN) ketika itu sebagai kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah. Hasilnya, pengikut yang taksub dengan amanat tersebut mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan ketika itu.

Kesudahannya, 14 orang pengikut PAS telah terkorban dengan sia-sia kerana termakan amanat yang tidak bertanggungjawab itu. Amat kasihan melihat nasib mereka yang terkorban pada ketika itu tanpa ada permohonan maaf dari Hj Hadi Awang sehingga ke hari ini. Ditambahkan lagi, dana kutipan untuk mangsa-mangsa Memali yang diwujudkan khas selepas kejadian tersebut sehingga kini masih gagal diisytiharkan jumlahnya dan persoalan mengenai di mana keseluruhan wang tersebut berada masih terus menjadi teka teki PAS.

Di atas mungkin perkara yang kita ketahui daripada pembacaan dan cakap-cakap sesama kita atau orang sekeliling yang pernah mengalami peristiwa ini secara langsung mahupun yang terlibat secara tidak langsung. Namun satu perkara yang tidak pernah diutarakan sehingga ke hari ini adalah adakah anggota keselamatan yang bertugas ketika itu terjamin ketika itu?

Lihat video yang menyayat hati di bawah.


Inilah bukti yang terjadi ketika kejadian di Memali yang menunjukkan pihak berkuasa sendiri tidak terkecuali daripada diserang dan menjadi mangsa serangan pengikut-pengikut Ibrahim Libya. Dalam video di atas juga memperlihatkan bagaimana kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sendiri berlubang terkena tembakan daripada pengikut taksub PAS.

Video di atas ini merupakan antara imej yang tidak pernah ditayangkan di dalam mana-mana media. Sehingga ke hari ini ia masih terus tetap menjadi igaun kepada anggota keselamatan yang bertugas ketika itu yang sama sekali tidak menyangka perkara ini menjadi lebih parah daripada difikirkan.

Bagi PAS, kerajaan yang sering dipersalahkan dalam tragedi Memali ini. Banyak video yang sama menunjukkan serangan dari sebelah pihak sahaja tetapi video serangan dari pihak PAS tidak pernah ditunjukkan. Namun rakyat hari ini bebas berfikir dan menilai adakah tanpa amanat Hj Hadi Awang, perkara sebegini akan tercetus? Adakah tanpa ucapan berkobar-kobar Ibrahim Libya akan menaikkan semangat mereka yang berada di Madrasah tersebut?

Fikir dan nilaikanlah siapa bersalah.
Adakah almarhun ahli PAS & Polis yang terkorban bersalah?
Atau pembakar semangat anti UMNO & BN yang sebenarnya bersalah?


Al Fatihah

Post a Comment

0 Comments