Full Width CSS

Zulkifli Noordin Minta Maaf Pada Tun Mahathir Atas Ketelanjuran Tindakan #1Malaysia


"Saya dulu adalah orang yang hina dan memaki hamun Tun, saya akui kesilapan-kesilapan itu dan pada masa ini saya nak minta ampun pada Tun. Kalau orang lain Tun boleh ampunkan, takkan saya pula Tun tidak boleh ampunkan. Saya sedar itu adalah keputusan paling bijak apabila Tun memecat Anwar daripada Kabinet." - Datuk Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini memohon keampunan dan kemaafan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran tindakannya yang banyak memburukkan pemimpin itu ketika berjuang dalam pakatan pembangkang.Kesempatan tersebut diambil Zulkifli apabila berpeluang bersua muka dan duduk sebaris dengan Dr. Mahathir dalam program Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Raja di sini.

"Sekarang baharu kita tahu keputusan Tun itu betul. Paling mudah kita tengok Anwar sekarang menghina Majlis Syura Pas yang berpegang teguh bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam," katanya.

"Selepas keputusan itu, Anwar dengan Karpal Singh (Pengerusi DAP) menentangnya dan berpegang teguh bahawa orang bukan Islam juga boleh menggunakan kalimah ini," katanya.

At least Zulkifli sedar kesilapan yang beliau lakukan berbanding daripada sesetengah orang yang dulunya orang UMNO kemudian lompat ke parti lawan, kutuk Mahathir, hina UMNO dan ahli²nya kemudian lompat semula ke dalam UMNO, dapat posisi tinggi tapi tiada langsung permohonan maaf diterima.

Post a Comment

0 Comments