Friday, April 5, 2013

Anggota @PDRMsia Dibelasah Tanpa Sebab #1Malaysia #TolakPR #PRU13


Seorang konstabel polis yang sedang beratur membeli makanan di sebuah kedai nasi kandar di Kampung Benggali, Butterworth dekat sini cedera dipukul enam lelaki dalam satu kejadian awal pagi 25 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kejadian pada 2.45 pagi itu berlaku apabila seorang daripada enam lelaki berusia 18 hingga 28 tahun itu bertindak memaki hamun anggota polis itu yang bertugas di Balai Polis Butterworth dan memakai pakaian biasa serta tidak bekerja ekoran cuti sakit.

"Ketika sedang beratur untuk membeli makanan, beliau didatangi enam lelaki terbabit sebelum mereka bertindak memaki hamunnya termasuk mencabar polis dengan berkata ''you anggota polis ka, kalau ada pistol you tembaklah saya''," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...