Full Width CSS

#IniSemuaPoyo : Bakal Calon PAS Titiwangsa Masuk UMNO? #1Malaysia #TolakPR #PRU13


Kecoh semalam tiba² bakal calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menceroboh masuk ke dalam Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) PDM Titiwangsa bersama beberapa orang kanannya.

Hal berlaku semasa Bilik Gerakan BN tersebut sedang lengang dan hanya ada beberapa orang petugas saja di dalam nya. Secara tiba² Ahmad Zamri muncul di hadapan Bilik Gerakan tersebut sedangkan pintu pagar ditutup untuk tujuan keselamatan.
Sudahlah masuk tanpa kebenaran, kemudian mereka bertindak mengambil gambar² di dalam dewan dan bergambar dengan petugas² BN di sana. Tindakan Ahmad Zamri tidak disenangi oleh petugas² BN di dalam Bilik Gerakan tersebut yang memintanya keluar dengan baik.

Beberapa minit selepas itu, gambar semasa Zamri berada di dalam Bilik Gerakan BN dilihat diupload ke laman Facebook milik PAS Titiwangsa. Lihat apa yang dinyatakan oleh Admin Facebook tersebut.


"Ahmad Zamri singgah di bilik gerakan BN. Kita tidak mahu politik benci membenci. Kita cuma mahu rakyat menilai siapakah yang lebih bijak memikirkan dasar yang terbaik untuk rakyat, dan pemimpin amanah dan bebas rasuah"

Apa yang dimaksudkan dengan "..mahu rakyat menilai siapakah yang lebih bijak memikirkan dasar yang terbaik untuk rakyat dan pemimpin amanah dan bebas rasuah.." ?

Tak ada kena mengena langsung kenyataan tersebut dengan apa yang boleh difahami dari gambar Zamri menceroboh masuk Bilik Gerakan BN. Apakah dengan memasuki Bilik Gerakan tersebut, Zamri dan Admin FB tersebut dapat membuat kesimpulan bahawa rakyat dapat menilai dasar terbaik untuk rakyat dan pemimpin bebas rasuah hasil daripada pencerobohan tersebut?


Perbuatan memasuki Bilik Gerakan BN (premis) tanpa kebenaran pun sudah dianggap salah apatah lagi jika seseorang itu dari parti berlawanan yang tidak dijemput untuk bersama memasuki premis lawannya. Perbuatan tersebut seakan² cubaan mencuri maklumat.

Saya percaya, rakyat bijak menilai samada tindakan bakal calon PAS yang agresif ini sama ada baik ataupun tidak. Tidak mustahil selepas ini beliau akan terus membuat terjahan ke Bilik² Gerakan BN yang lain. 


Post a Comment

15 Comments

  1. PAS babi..PAS babi...PAS babi.....thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org memperjuangkan islam kau kata babi..kau tahu ke apa niat dia dtg..jenis apalah kau ni,rasanya kau lebih dari itu kot..

      Delete
  2. Pada saya apa salahnya kawan nak datang bertandang. Orang datang bertamu secara baik, kita layanlah secara baik. Itukan amalan Islam. Yang jadi penentu nanti pengundi. Kita tengoklah dasar siapa yang lebih baik selama ini.

    ReplyDelete
  3. dasar penyangak.....

    ReplyDelete
  4. inilah yang dikatakan sudah terang lagi bersuluh... tanya sama tuan diri adakah apa yang dilakukan itu ikhlas atau ada udang disebalik batu... jika mahu datang ..melawat kawan, datanglah waktu puncak ketika orang ramai dapat saksikan apa yang berlaku...then should be ler... ini masa lengang.. yang tinggal bro..bro 'carpak' (bro rock carpark)... boleh ler,,, bab otai-otai umno nie faham-faham sajalah... dia orang malas nak layan kalau jenis muka-muka orang tak malu muka tersorong-sorong ni.. faham sendirilah pukatan...

    ReplyDelete
  5. Tak de cara lain ke nak cari publisiti.. Sedih calon PAS ni.. Nak create crite baik konon.. yang meroyan waktu demo bersih dulu sape.. yang caci maki dalam ceramah dan kat kuliah disurau dan masjid tu sape.. poorahh. Baca surah As-saff ayat 2 dan 3..

    ReplyDelete
  6. Teman rase tak betul care tu. Menceroboh tak tentu arah. Care yang tak professional.

    ReplyDelete
  7. Bukan datang melawat. Tu menceroboh. Contoh buruk tu. Tengkiu la sebab tunjuk contoh buruk diri sendiri.

    ReplyDelete
  8. jika kedatangan di jemput ...tk hairan la..tp ini mcm memceroboh kawasan org...apa la punya bengap PAShit ini...

    ReplyDelete
  9. hehe...kelakar tengok telatah puak umno ni...saya ada di tempat kajadian..mana ada pintu tertutup seperti dlm gambar tu...jelas-jelas bohong..mmg umno ni parti pemfitnah kan??..hehe..kami disambut baik lagi olh petugas bn...masuk bersalaman jer pun..Agama tak larang pun...lagi satu bila melihat bahasa2 yang digunakan olh puak2 umno ni, rasa mmg tak matang lansung...

    ReplyDelete
  10. Calun Parti Ajaran Sesat jgn diberi muka nsk tunjuk baik le...dah la ketua dia pakai spender putih. ..tukar logo bulan tu kpd spender putih je...kawan baik LK siang lak tu...Tahun 69 dulu lepas menang kat Selangor dia kata Melayu sakai masuk hutan...hari ni juak2 ajaran sesat dan sheikhaljuburi boleh abang adik lak nak perintah negara ni...pi mampus lah korang...pi main amoi lah...lepas tu pakai kopiah jadi imam kat masjid baca khutbah memfitnah...salahkan orang dan sesatkan umat dgn dalil2 yg dibaca utk tegak benang basah...sokong Parti Ajaran Sesat bermakna anda menghina Melayu sakai utk masuk hutan macam depa buat 40 tahun lalu...ayuh undi BN...

    ReplyDelete
  11. memang pon pintu tempat sentisa bukan tertutup pon......sahaja nak panaskan isu dah ketandusan idea..begitulah cara nyer..tak salah kan saudara sahirin kalau tetamu berkunjung ditempat kita..

    ReplyDelete
  12. memang pon tempat mereka tak berkunci sentiasa terbuka..salahkan tertamu datang berkunjung..bukan mereka wat havoc pon..sahaja nak panaskan isu..dah ketandusan idea..lah ini..hidup yb zamri teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  13. memang pon pintu tempat kejadian sentiasa terbuka..tak salahkan kalau tertamu berkunjung..bukan wat havoc pon..sahaja nak panaskan isu..dah ketandusan idea lah ini..hidup pas..yb zamri teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  14. memang pon pintu tempat sentisa bukan tertutup pon......sahaja nak panaskan isu dah ketandusan idea..begitulah cara nyer..tak salah kan saudara sahirin kalau tetamu berkunjung ditempat kita..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..