Full Width CSS

#IniSemuaPoyo : Karpal Singh Curiga Tindakan Mat Taib Masuk PAS #1Malaysia #TolakPR #PRU13 #BetterNation

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.


"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN). Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

Kenapa Karpal Singh mengkritik tindakan Muhammad Taib menyertai PAS?
Kenapa dan kenapa?
Kenapa ketika Zaid Ibrahim sertai PKR tidak ada kritikan pula?
Walaupun dia juga ada masalah???
Nampaknya Karpal dah hidu PAS semakin kuat dengan penyertaan bekas MB Selangor tersebut.

Bila PAS semakin kuat apa akan jadi ?

Hari ini PKR dilanda masalah moral Anwar dan DAP masalah pemilihan CEC selain masalah sabotaj dalaman parti, maka PAS tidak ada masalah yang besar setakat ini. Dengan kekuatan jentera yang ramai jelas tidak ada sebarang masalah untuk PAS menarik diri dari terus diperkudakan oleh PKR dan DAP.

Barulah PAS boleh meletak angan-angan untuk ke Putrajaya dengan menyokong Barisan Nasional.

Apakah analisa ini benar ? Wallahu A'lam.
Cuma baca kenyataan Hj Hadi bahawa orang Islam sahaja layak jadi Perdana Menteri di sini

http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-jawatan-pm-hanya-layak-untuk-orang-islam-1.153565?localLinksEnabled=false

Nampak ada mesej tersirat di sebalik kenyataan beliau.

Ingat ye, DAP tidak pernah mahu hudud dilaksanakan dan kerana DAP juga antara punca hudud digugurkan dan tanpa hudud PAS akan kalah teruk !

Post a Comment

0 Comments