Full Width CSS

Manifesto 2008 Pun Rakyat Dibohongi Apatah Lagi Manifesto 2013 #ManifestoBukanJanji @MuhyiddinYassin #1Malaysia #TolakPR #BN4WP


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah pilih parti sewaktu mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. Menurut Timbalan Perdana Menteri, peringatan itu bukan untuk menakut-nakutkan rakyat sebaliknya berdasarkan fakta yang ada hubung kait dengan pembangkang.

Sebagai bukti, tambah beliau, pembangkang berbohong menerusi manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 selepas banyak janji-janji mereka sehingga kini tidak ditepati. "Jika manifesto Pilihan Raya Umum 2008 mereka boleh berbohong, apatah lagi janji-janji dalam manifesto PRU-13 serta janji-janji mereka di dalam Buku Jingga. Rakyat perlu membuka mata tentang pembohongan ini.

"Begitu juga budaya songsang dan amalan songsang yang jelas bertentangan dengan tradisi kita, agama Islam kita," katanya.

Beliau berucap dalam majlis Himpunan Barisan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan bertemakan Patriot Untuk Keamanan Negara di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Program itu berjaya mengumpul sebanyak RM115,000 bagi mengisi tabung untuk disumbangkan kepada perwira negara yang gugur kerana mempertahankan tanah air daripada pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.


Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan balu-balu perwira negara yang gugur dalam Ops Daulat.

Menurut Muhyiddin, rakyat hanya mempunyai satu pilihan iaitu memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negara.

Katanya, perkara itu memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh tidak sampai empat tahun pemerintahan beliau berjaya melaksanakan program membangunkan negara dan membela rakyat melalui agenda transformasi negara.

"Sebagai contoh dalam tempoh empat tahun Malaysia di bawah pemerintahan Perdana Menteri, sebanyak 845,000 peluang pekerjaan baharu berjaya disediakan. 


"Begitu juga dengan pencapaian eksport negara yang mencecah RM1.3 trilion. Itu belum dikira dengan pencapaian pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah beratus bilion ringgit," katanya.

Lagi gambar di sini.

Post a Comment

0 Comments