Full Width CSS

Perajurit #LahadDatu Dimangsakan Pulak? @teresakok #1Malaysia #TolakPR

Rakaman video di bawah jelas memperlihatkan bagaimana Teresa Kok salah seorang pemimpin pembangkang dengan jelas menyifatkan perajurit negara yang kini sedang bertugas mempertahankan Sabah sebagai MANGSA @ DIMANGSAKAN.


Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa @ dimangsakan ?

Apakah beliau melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi ?

Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang maka MMI rasa mereka bukan saja melalut tetapi juga jauh menyimpang.
Kepada Teresa jangan bercakap saja tampilkan bukti-bukti kukuh bagi membuktikan tuduhan sedemikian kerana apa yang rakyat lihat dan tahu sekarang adalah sebaliknya.

Dengan begitu banyak sekali pendedahan tentang keterlibatan pemimpin pembangkang negara dengan insiden di Lahad Datu , maka MMI yakin pembangkanglah sebenarnya yang menyebabkan perajurit negara kita yang kini di perbatasan menjadi MANGSA kerakusan politik mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

Malah sehingga kini pembangkang yang mendabik dada dengan buku jinggaynya langsung tidak pernah membantu rakyat Sabah yang kini terpaksa berdepan dengan kesulitan.

Apa sumbangan pembangkang kepada rakyat Sabah khususnya mereka-mereka di Lahad Datu semenjak insiden ini tercetus ?

Hahaha melihat dari aksi Teresa dalam rakaman di bawah mungkin beliau mabuk agaknya...


Sumber : MMI

Post a Comment

0 Comments