Full Width CSS

PR Cuba Perbodohkan Rakyat Kononnya Hanya Ada SATU Kedai Yang Tawarkan Barangan Dengan Harga Murah #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #PRU13


Kebodohan yang melampau² puak Pembangkang hari ini semakin menjadi² apabila satu jenis video yang dikeluarkan oleh SAMM.

Apa yang cuba disampaikan oleh Pembangkang adalah agar rakyat jangan membeli barangan yang berkualiti di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di mana kebanyakan barangan yang ditawarkan sama seperti di lain² pasaraya besar di seluruh negara.

Tetapi hakikat yang cuba disogokkan oleh Pembangkang kepada rakyat adalah membenci barangan di KR1M kerana ia disupply oleh syarikat 'kroni' Kerajaan dan hanya menguntungkan sebelah pihak saja.

Lihat video di bawah.


Persoalan mudah untuk dilihat oleh rakyat.

Apakah ia menjadi masalah besar kepada Pembangkang sekiranya barangan tersebut datang daripada syarikat yang menyokong dasar Kerajaan dan yang pernah menikmati hasil daripada bantuan² yang pernah diwujudkan Kerajaan Malaysia.

Rakyat sudah bijak dan rakyat sudah dapat menilai sendiri di kedai dan pasaraya mana yang menjadi ukuran kepada ekonomi kewangan keluarga mereka untuk berbelanja. Kedai barangan runcit dibuka saban tahun bagai bak cendawan tumbuh selepas hujan dan pasaraya di seluruh negara semakin bertambah serta berkembang pesat disebabkan faktor kehendak rakyat masih waras dan mempunyai pelbagai pilihan tersendiri.

Sehingga ke hari ini, syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membantu menaikkan KR1M masih tidak mendapat keuntungan lumayan seperti menjadi 'lubuk emas' kepada mereka yang digembar gemburkan oleh Pembangkang.

Pembangkang hari ini terlalu naif untuk memberi khidmat kepada rakyat sebaliknya mereka terlalu kaya mensebarluaskan kutukan, cacian dan fitnah kepada Kerajaan yang tidak pernah gagal membantu rakyat tanpa pilih kasih.

Semua rakyat berhak menerima apa yang sepatutnya dan rakyat jangan sia²kan peluang yang disediakan kerana hari ini Kerajaan semakin matang dan berpengalaman dalam membantu meringankan masalah serta bebanan rakyat.

Post a Comment

0 Comments