Saturday, May 11, 2013

Dah Lah Kalah #PRU13, Tapi Tak Serik-Serik Bantu Rakyat #1Malaysia #TolakPR #BarisanNasional #BetterNation @NajibRazak @rizalmanmokhtar


Mungkin kalau diikutkan nafsu, tak perlu lagi dah UMNO dan Barisan Nasional (BN) menonjolkan diri di kawasan-kawasan yang mereka tewas kepada Pakatan pada Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) yang lepas.

Tetapi dek kerana sifat dan sikap toleransi serta mahu membantu rakyat itu yang menyebabkan UMNO & BN masih tetap bersama-sama rakyat walaupun tidak lagi dipercayai oleh rakyat untuk sementara waktu.



Begitulah hal yang terjadi pada hari ini merupakan genap seminggu PRU 13 berlangsung. Nak dijadikan cerita, satu deretan kawasan perumahan terbakar di dalam Parlimen yang disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak.

Parlimen yang mendapat jolokan Parlimen Terbaik ini dipegang untuk penggal kedua oleh seorang manusia yang pemalas dan tidak berterima kasih kepada pengundinya. Ini adalah satu daripada berpuluh mungkin beratus hal yang terjadi di sini di mana Ahli Parlimennya GAGAL untuk menampakkan diri membantu rakyat.

Petang ini berlaku kejadian kebakaran di Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak.


Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan lintas pintas dan menyebabkan berlakunya kebakaran secara mendadak dek kerana kedudukan rumah yang bersebelahan dan kawasan terlalu padat menyebabkan api marak dengan cepat.

UMNO & BN Bandar Tun Razak tanpa teragak terus menghulurkan bantuan apabila kejadian ini diberitahu oleh ahli BN sendiri yang turut menjadi mangsa.




Turut bersama membantu mangsa kebakaran adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak & Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar serta calon BN Parlimen 124, Tan Kok Eng dan mantan Ahli Parlimen ini Datuk Seri Tan Chai Ho yang turut bersimpati atas nasib yang menimpa mangsa-mangsa kebakaran.

Menurut laporan tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi mereka (penduduk) kesal apabila tiada langsung wakil daripada PKR yang hadir untuk membantu mereka di sini. Kejadian menyebabkan kira-kira 200 orang hilang tempat tinggal.




UMNO & BN Bandar Tun Razak sedang mengusahakan untuk mendapatkan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Walaupun BN tewas di kawasan ini tetapi BN tidak pernah gagal memberikan khidmat terbaik buat penduduk Bandar Tun Razak.





Tak caya cuba tanya penduduk Bandar Tun Razak.


Info Tambahan : Yayasan Wilayah Persekutuan akan menempatkan mangsa-mangsa kebakaran di PPR Muhibah Bukit Jalil tetapi untuk sementara waktu mangsa-mangsa akan ditempatkan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.

Apa fungsi Yayasan Wilayah Persekutuan, klik sini.

7 comments:

  1. Bila ikhlas membantu, tak terkecil hati pun walau tak diundi.

    ReplyDelete
  2. masukkan dairy...esok PRU14 bangkitkan kpd pengundi bantuan yg telah dihulurkan. Kalau kawasan Cina...faham faham sudah. buat dont know aje.

    ReplyDelete
  3. susah2 sgt..bg diorg yg undi kalid tu pi tumpang rumah dia yg besau + cantik tu..kan lagi selesa..apa guna nya undi beria2 time susah umno jugak yg sibuk

    ReplyDelete
  4. Knapa pr tk bantu sbb mangsa geng bn..bn wajib bantu tp lpas ni ada malapetaka pd geng pr jgn bn nk tunjuk baik plak bantu..sendiri mau ingat

    ReplyDelete
  5. Mangsa kebakaran ni majoriti cina, melayu mgkn 4 - 5 bijik umah jer. Yg melayunya ok, tp kebanyakan cina buat muka bab masa org bn dtg sblm ngundi aritu. Jadi byk rumah yg hitam bg bn.... Org bn bukan nk tlg sgt pun, tapi d sbbkn tidak ada org pkr yg dtg.....

    ReplyDelete
  6. Sedih tengok orang BN pada pilihanraya hari tu di benci rakyat.

    ReplyDelete
  7. Allah Maha Kaya ...Lihat lah apa yang Allah rancangkan untuk mendedahkan dimana manusia yang kerjanya berjanji sahaja sambil memperalatkan rakyat dengan menyebar fitnah sana sini dengan manusia yang tak berjanji tapi melakukan kerja untuk rakyat .
    Wahai Bangsa Cina dan Melayu yang menyokong PR? Dimana pemimpin agung (DAP), anwar dan khalid Ibrahim disaat malapetaka datang pada kamu?Dimana?Dimana?Dimana
    Mereka kini ada Distadium-stadium melaungkan ketidak puas hati mereka kan. Kerana itu lebih penting dari membantu mereka yang menerima malapetaka.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...