Saturday, May 4, 2013

PRU13 : AWAS !! Handbill Berbentuk Perkauman Akan Diedarkan #1Malaysia #BetterNation #BarisanNasional


Kepada Pengundi dan Penduduk Lembah Pantai

Kami telah menerima laporan bahawa di hari terakhir kempen Pilihanraya ke-13, ada kumpulan akan mengedarkan dokumen yang menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan yang kononnya datang dari UMNO/BN atau kumpulan yang menyokongnya.

Kami ingin merekodkan dahulu penafian kami tentang perkara ini dengan menjauhkan diri dari perkara ini.

Barisan Nasional Lembah Pantai dan Raja Nong Chik telah menjalankan kempen yang bersih berdasarkan rekod perkhidmatan Calon Barisan Nasional dan Parti dengan penduduk dan pengundi Lembah Pantai terutama dalam 4 tahun kebelakangan ini.

Malah, Calon BN, Dato’ Raja Nong Chik telah berkali-kali menyeru semua pihak untuk tidak menggunakan pendekatan pembunuhan karakter, fitnah dan pemusingan fakta, serta serangan peribadi. Kami di Barisan Nasional Lembah Pantai percaya bahawa hingga kini kami telah mematuhi permintaan Calon kami ini.

Kami tidak menuduh sesiapa pun dalam hal ini. Perkara yang didakwa dirancang boleh datang dari sesiapa sahaja, sama ada disebabkan politik atau apa saja agenda yang jahat.

Kami menyeru orang awam membuat laporan polis jika menerima sebarang bahan sebegini.

DATUK IBRAHIM THAMBYCHIK
Ketua Penerangan BN Lembah Pantai

P/s : Bukan saja di Lembah Pantai tetapi di seluruh negara kena berhati² selepas ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...