Thursday, May 2, 2013

#PRU13 : @NajibRazak Tetap Menjadi Pilihan Rakyat #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Tidak syak lagi, Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah berada di landasan yang betul dalam merealisasikan agenda transformasinya yang terbukti mendapat sokongan majoriti rakyat sekali gus layak untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Itu kesimpulannya apabila tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Majlis Profesor Negara dan Universiti Utara Malaysia menunjukkan sebahagian dari 1,830 orang pengundi yang dikaji selidik memihak kepada beliau.

Kaji selidik yang dilakukan secara berstrata ini juga menunjukkan Najib kekal pilihan nombor satu sebagai PM di kalangan pengundi lelaki dan wanita, selain turut mendapat sokongan dari golongan muda dengan kelayakan akademik yang berbeza-beza.

Bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana mereka juga memilih Najib sebagai PM pilihan, bagaimana pun golongan berpendapat tinggi melebih RM5,000 dilihat sedikit condong kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Secara keseluruhannya kumpulan responden yang terdiri dari pelbagai kaum itu jelas lebih yakin dengan kemampuan Najib sebagai PM berbanding Anwar yang sedari dulu lagi hanya bijak memainkan sentimen dan retorik semata-mata.

Kajian yang sama juga mendapati BN kekal sebagai pilihan utama rakyat Malaysia, ia selari dengan kebanyakan laporan mutakhir trend sokongan semasa dan ini mengesahkan lagi peluang BN untuk mendapat kembali 2/3 kerusi Parlimen agak cerah.

Hasil tinjauan ini tentunya agak tidak menyenangkan pemimpin pakatan pembangkang khususnya Anwar dan ianya tentu sekali pahit untuk di telan, tapi itulah hakikatnya yang menepati senario semasa di mana mood PRU-13 ini nyata berbeza dengan tsunami tahun 2008.

1 comment:

  1. KITA TELAH LIHAT PERBEZAAN KETARA DIANTARA TRANFORMASI DAN REFORMASI CTH TRANFORMASI ADALAH NKRA,GTP,ETP YANG MENGHASILKAN BRIM,KRIM.DSBNYA YANG DINIKMATI OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA.MANAKALA REFORMASI NATIJAHNYA,HURUHARA,PERTUMPAHAN DARAH DLL SUASANA TEGANG,MANA KITA NAK PILIH ANTARA KEAMANAN HUBUNGANGAN KAUM,BEREKONOMI,BERUGAMA,BERPENDIDIKAN,BERBUDAYA BERBANDING REFORMASI YANG PANAS MEMBAKAR KEHARMONIAN KAUM DAN NEGARA.FIKIR-FIKIRLAH.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...