Tuesday, June 25, 2013

Janganlah Berbuat Sesuatu Perkara Yang Boleh Memusnahkan Negara - Yang DiPertuan Agong #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan wakil rakyat supaya sentiasa memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan serta tidak melakukan perbuatan yang boleh merosakkan negara.

Menurut Seri Paduka, sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat dibangunkan semula dalam tempoh yang singkat. "Beta ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai ahli Dewan yang mulia ini agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Janganlah berbuat sesuatu perkara yang boleh memusnahkan negara.

"Beta menyeru semua Ahli Yang Berhormat supaya merapatkan saf, berganding bahu membangun dan memajukan negara," titah baginda ketika pembukaan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Selain itu Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersoalkan kedudukan serta menyelewengkan agama Islam untuk kepentingan mana-mana pihak.

"Beta menyeru agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan," titah baginda.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...