Monday, June 17, 2013

Kena Keras Pasal Dah Tak Perlu Bagi Muka - Tun Dr Mahathir #1Malaysia #TolakPR


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013.Beliau berkata, sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sistem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk Transforming A Nation: The Malaysian Experience, Dr. Mahathir berkata, pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.

Dr. Mahathir berkata, strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya.

1 comment:

  1. Slm mohon dipautkan Blog Tasek Gelugor Portal... Blog tuan telah pun dipautkan...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...