Full Width CSS

Calon Tempatan #BarisanNasional #KualaBesut Faktor Kemenangan Pada PRK Kali Ini #Terengganu #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin


"Walaupun nama saya bermula dengan Tengku, saya pun orang biasa juga...saya sudah biasa bersama penduduk di Kuala Besut," kata Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN, Selasa.

Selepas lebih lima tahun berkhidmat di Kuala Besut sebagai Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut dan kemudiannya 10 tahun di JPS Putrajaya, katanya beliau sudah biasa berhadapan dengan masyarakat khasnya penduduk kampung di Kuala Besut.Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon BN, beliau menyifatkan pilihan raya kecil itu sebagai "pilihan raya kecil yang besar".

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya (dipilih menjadi calon) demi rakyat Kuala Besut," katanya.

Bernama melaporkan Tengku Zaihan, 37, anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut dan anggota Umno Cawangan Seri Seratus diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut di hadapan kira-kira 5,000 anggota jentera BN bagi pilihan raya kecil itu di Dataran Kuala Besut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.

Kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Tengku Zaihan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata beliau akan berusaha membela nasib rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat DUN itu nanti.

Anak veteran Umno Kuala Besut itu dikatakan mempunyai ciri pemimpin berwibawa dan telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan Kuala Besut ketika berkhidmat sebagai jurutera JPS Daerah Besut

Post a Comment

0 Comments