Full Width CSS

Duduk Kerusi Pemuda UMNO Bukan Untuk Bajet Hensem #1Malaysia @NajibRazak


Kebelakangan ini saya menerima banyak pesanan ringkas daripada sahabat-sahabat yang membawa perkhabaran bahawa ada individu-individu tertentu menawarkan diri menjadi pemimpin @ exco kepada sayap parti keramat UMNO.

Suka saya ingatkan untuk menjadi pemimpin kepada sayap Pemuda UMNO hari ini memerlukan seseorang yang benar-benar berkelayakan dan berani untuk bersuara melawan dakyah Pembangkang serta tohmahan pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri.Hari ini banyak pihak yang berniat tidak baik sengaja mencari ‘pasal’ dengan kepentingan Melayu dan Islam. Tindakan biadap sesetengah pihak yang mempersoalkan hak-hak bumiputera dan dengan kurang ajar menolak Islam sebagai agama rasmi di Malaysia perlu ditangkis dan dilawan secara serius oleh Pemuda UMNO.

Sebelum siapa-siapa yang lain melangkah lebih jauh dalam dunia politik berskala besar dan mencabar hari ini, adakah anda benar-benar layak menjadi pemimpin dalam barisan exco Pemuda UMNO yang ikhlas memperjuangkan agenda Melayu dan Islam?

Post a Comment

0 Comments